Isnin, 18 Julai 2016

Lambat Bertindak Punca T-Team Tewas - Rachmad

KUALA TERENGGANU: Tindak balas yang lambat khususnya daripada barisan pertahanan, jelas mengecewakan jurulatih T-Team, Rachmad Darmawan apabila terpaksa berputih mata di gelanggang sendiri Sabtu malam.



Katanya walaupun pemain telah cuba mampamerkan aksi seimbang, tindak balas yang lambat daripada benteng pasukan membolehkan Pulau Pinang mencuri tiga mata berharga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini. 

"Ini adalah cabaran bagi saya untuk memperbaiki aksi pemain dan saya akan berkomunikasi dengan mereka agar dapat mempertingkatkan persembahan selepas ini.

"Aksi seimbang yang kita pamerkan gagal mengatasi pasukan lawan ,"katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan. 

Dalam perlawanan itu, jaringan hatrik pemain import, Patrick Dos Santos Cruzgagal membantu tuan rumah apabila terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 kepada pelawat. 

Cruz menghasilkan gol pada pada minit ke-19 dan ke-63 sebelum melengkapkan hatriknya menerusi sepakan penalti minit ke-82. 

Sebaliknya skuad Harimau Kumbang yang menghuni tangga terakhir Liga Super mencatat kemenangan kedua mereka dalam liga apabila Ranti Martins Soleye yang menyumbang gol pertama pada minit ke-35, mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan jaringan keempat, lima minit sebelum permainan tamat. 

Dua lagi gol Pulau Pinang diperoleh menerusi jaringan Jeong Seok Min pada minit ke-59 dan 66. Rachmad mengakui perlu memperkemaskan semua posisi pasukannya bagi perlawanan selepas ini bagi memastikan tidak terus kehilangan mata.-Bernama

Tiada ulasan:
Write ulasan