Jumaat, 29 Julai 2016

Kes Penyeludupan Warga Asing, Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Polis

Tidak habis dengan pergolakan rumah tangga dengan isteri pertama, kini Adi Putra sekali lagi dihimpit dengan kontroversi hebat apabila isteri kedua beliau, Nor Shahida Zolkifly adalah antara yang ditahan pihak polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.


Menurut sumber, Nor Shahida telah ditahan di pejabatnta di Putrajaya pada Selasa lalu dalam satu operasi khas yang dilakukan pihak polis pada jam 4.30 petang. Selain isteri kedua Adi, dua kakitangan Imigresen lain yang pernah bertugas bersamanya di KLIA juga turut ditahan dalam operasi yang sama bagi membantu siasatan kes yang sama.

“Saya tidak begitu pasti tentang butiran siasatan tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,” katanya kepada Berita Harian Online apabila diminta mengulas mengenai perkembangan berita tangkapan beberapa pegawai Imigresen membabitkan isteri kedua beliau, Nor Shahida semalam.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan penahanan lebih 15 pegawai Imigresen dalam beberapa siri tangkapan penyeludupan warga asing sejak bulan lalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing untuk memasuki negara tanpa melalui prosedur yang sah

Tiada ulasan:
Write ulasan