Keluarga Arwah Mak Korang Ini TakSuka Bercakap Ke - Alahai Mak Tiri

Assalamualaikum warga UIA…

Nak minta pendapat korang yg pernah rasa atau ada ibu tiri…macamana korg boleh terima diorang? Yang baik tu Alhamdulillah lah…seronoklah, tapi yang perangai dia susah kita nak terima…



Aku baru kehilangan mak, tak lama lepastu ayah aku buat keputusan kahwin baru sebab nak elak sunyi, ade orang uruskan dia masa kitorang takde. Tapi kalau nak diikutkan dia sibuk kerja, masak jarang sangat. Last2 ayah aku yg masak sendiri untuk adik aku. Nak urus rumah masa kitorang takde apetah lagi mmg xde masa la,,lantai tu sebulan tak mop gitu jelah…kat luar tak bersapu pun…Ingatkan dia boleh tolong sikit2…

Okay, aku tak dapat terima dia , apatah lagi nak panggil dia mak, ibu ,mama,…serious kaku lidah aku kalau nak panggil. Dia ada anak pempuan, dah besar, banyak cakap plak tu…cara dia gurau ngan ayah aku mcm gurau ngan kawan..kadang gurau dia mcm kurang respect sikit ngan ayah aku..weyhhh…kitorang anak dia sendiri pun takut nak gurau lebih2 ngan ayah..sebab kami respect..ayah aku pun layan je lah perangai dia…..

Masa raya haritu, firstime dia pergi ziarah keluarga belah arwah mak aku, then kitorg adik beradik pun ziarah keluarga diorang. Buat aku rasa kecik hati bila tiba2 lepas beraya dia(mak tiri) kata dekat aku, "keluarga arwah mak memang tak suka cakap dengan orang ke? Tak reti nak tegur acik(bahasakan diri dia)? Acik lalu sebelah diorang pun senyap je. Pelik la keluarga ni. Kalau keluarga acik meriah adik beradik, lagi2 kalau beraya."

Seriously dia ni tak reti jaga hati orang ke.? Sedih aku dengar dia sibuk complain keluarga arwah mak aku….nak banding2 kan plak….kau tak sedar ke mak aku baru takde, diorang tengah sedih,, mestilah take time nak terima semua ni. Lagi2 nak terima kau..sabar je lah aku..

Dia ni jenis gurau boleh buat orang terasa. Ada satu moment ni, abang aku ni pernah ada pengalaman accident teruk naik moto..kira kerap jugak lah…Abang aku gurau pasal dia naik motor mahal ngan kiotrang, tetiba "mak" aku ni mencelah konon nak buat lawak "jangan bahaya nanti semua orang abang langgar habis"…perghhhh…spoil kan mood kitorang betul dia ni…mestila abang aku terasa bila dia cakap camtu..nasib baik abang aku pandai control..buat dont know je…kalau aku aishhhh…

Tahap tak suka aku ni tahap kalau boleh taknak balik rumah,,,sebab hari2 jadi fake pura2 layan mak tiri aku…tapi sebab aku fikir adik ngan ayah aku kat umah,, ade la jgk semangat nak balik…hurmmm

Okay stakat tu je aku boleh cita pasal dia, kalau tulis banyk2 tak pasal2 geram sakit hati semua ada rasa nak hantuk fon ni kat kepala pun ada…

Tapi aku mintak nasihat korang, cane aku nak terima dia jadi "mak" kitorang…takut sampai tua nanti panggil dia acik buat naye je…huhu

Terima kasih,,,

0 comment... add one now