'Kalau Tak Naikkan Kadar Parking, Agaknya Orang KL Akan Berdisiplin?'

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mengakui bahawa kenaikan kadar tempat letak kereta sebanyak 150% di beberapa tempat yang terlibat di ibu kota tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan dalam bandar, lapor Free Malaysia Today

Menurut Amin, perlaksanaan kadar baharu itu dibuat dengan harapan dapat mengelakkan kesesakkan yang lebih teruk sehingga Kuala Lumpur menerima nasib seperti Jakarta. 


"Kalau kita tidak menaikkan kadar tempat letak kereta, agaknya orang Kuala Lumpur akan disiplin tak? Jadi kamu mesti tahu, orang yang keluar masuk Kuala Lumpur, 3.5 juta kenderaan. 

"7&% semua single (seorang) driver. Jadi bila seorang itu dan setiap bulan 50,000 kenderaan bertambah. Apa akan terjadi pada Kuala Lumpur? Dalam masa lima tahun akan datang, kesesakan sekarang akan menjadi dua kali ganda daripada sekarang. Akan jadi seperti Jakarta. 

Jelas Amin lagi, kenaikkan 150% itu adalah untuk mengajar pengguna beralih kepada pengangkutan awam dan berkongsi kereta. Namun, ada yang tidak 'makan saman' dan sanggup membayar caj tinggi demi membawa kereta ke tempat kerja. 

"Saya nak beri pengajaran kepada mereka (pengguna di Kuala Lumpur), yang mereka kena naik kenderaan awam. Kalau tidak, kena bayarlah. Apa mereka nak bising dengan RM5 ini? Orang tetap akan parking. Itulah perangai orang Kuala Lumpur, tak makan saman," katanya. 

Dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today itu, Amin tidak menolak kemungkinan DBKL akan menaikkan lagi kadar tempat letak kereta di ibu kota dalam usaha mneyelesaikan masalah kesesakan. 

"Mungkin kita akan naikkan lagi sebab nak ajar mereka. Jadilah seperti London dan Singapura. Cuba pergi Singapura, setiap masa kadar tempat letak kereta berubah-ubah. Kita baru naik sekali saja, nak bising," katanya.

0 comment... add one now