KAJIAN: Wanita Dari Utara & Johor Jadi Pilihan Lelaki Cari Jodoh!

Baru-baru ini, kaji selidik oleh Agensi Cari Jodoh mendapati, wanita dari negeri-negeri utara dan selatan Semenanjung menjadi pilihan utama lelaki negara ini sebagai calon isteri.
Wanita pula lebih gemar memilih pasangan dari ibu kota

Bagi wanita pula, kebanyakannya lebih gemar memilih pasangan bandar dari ibu kota dan Selangor.
Menurut laporan dari Utusan, hasil dari kaji selidik itu, tidak dapat di pastikan apa keistimewaan wanita dari utara tetapi lelaki banyak memilih wanita dari sana.
Begitu juga dengan wanita dari Johor, mungkin ada keistimewaan atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan lelaki pada wanita-wanita dari negeri-negeri berkenaan.
Lelaki & wanita Kelantan akan memilih pasangan dari negeri yang sama
Manakala lelaki dan wanita Kelantan, lebih cenderung memilih pasangan dari sama negeri.
Agensi cari jodoh yang ditubuhkan sejak tahun 2006 itu berjaya membantu hampir 1,000 pasangan mendapatkan jodoh.
Lebih mengejutkan, majoriti pelanggan wanitanya belum berkahwin dan berumur 28 tahun ke atas, memiliki rupa paras dan kerjaya yang baik.

0 comment... add one now