Rabu, 20 Julai 2016

Jangan Sesuka Hati Judge Ibu Bapa Tak Pandai Jaga Anak


Hari ini kita dengar jiran kita menjerit memarahi anaknya. Kita cakap, 

"Apa teruk sangat dia ni menjaga anak? Asyik nak marah anak saja." 

Esok lusa bila kita ada anak, kita pula yang menjerit memarahi anak bila mereka buat salah, bergauh dalam toilet semasa kita memasak di dapur, contohnya. Masa itu kita akan mengalaminya sendiri bila on the way dari dapur nak ke toilet itu, dalam mulut memang ada api kemarahan yang besar menyala sebijik seperti watak naga dalam cerita Merlin. 

By the time sampai di pintu toilet, bila buka saja mulut memang terus keluar api. Masa itulah jiran-jiran mendengar suara kita yang sedang memarahi anak-anak. 

Hari ini kita tengok anak orang itu melawan semasa ibu dia menegur bila dia buat kesalahan. Kita fikir teruk betul anak dia tidak berakhlak dan ibu dia tidak pandai mendidik anak. Esok bila anak kita sudah besar, kita pun tak tahu adakah perkara yang sama akan terjadi pada kita atau tidak. 

Jangan menilai kehidupan orang lain terutamanya watak ibu dan ayah dalam sesebuah keluarga di sekeliling kita. Sebab kita tidak tahu apa yang mereka alami. 

Cukup ke makan setiap hari? Ada ke duit nak beri pada anak-anak sebagai belanja di sekolah nanti? Ada duit tak nak beli lampin pakai buang untuk anak kecil mereka? Kita tak tahu semua perkara itu kan? Jadi, jangan menjadi hakim untuk keluarga orang lain kalau mereka berlapar pun kita tak sudi nak ambil tahu.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Dulu saya sibuk dan pelik dengan jiran yang setiap hari menjerti memarahi anak-anaknya. Ayahnya sya menjadi seperti watak itu. Seram betul! 

So, don't judge okay? - RHKB 

Tiada ulasan:
Write ulasan