Khamis, 28 Julai 2016

Jangan Pukul Anak Bila Mereka Buat Silap, Denda Mereka Dengan Cara 'Time-Out Punishment

Bashir, Dhia dan Fina kena denda tengok dinding lagi. Kali ini selama 7 minit. Ini disebabkan mereka bergaduh. Sudah banyak kali saya menggunakan kaedah ini. Senang dan berkesan. Denda macam ini, namanya Time-Out Punishment.


Saya dapat rasa banyak kelebihan Time-Out ini
  1. Senang nak laksana dan sangat berkesan.
  2. Dapat beri masa kepada anak-anak untuk muhasabah. Ini boleh membina sedikit emosi kedewasaan pada mereka.
  3. Ibu bapa boleh guna masa Time-Out itu untuk bertenang.
  4. Senang nak bagi tazkirah, anak-anak akan mendengar dengan teliti ketika didenda.
  5. Senang nak 'ugut' balik pada anak-anak, ugutan yang real. Contohnya: "Kalau Fina bergaduh lagi nanti kena menghadap dinding". Dulu ugutan tipu seperti "Nanti polis tangkap Fina" menyebabkan mereka jadi makin kurang percaya pada kita.
  6. Perasaan anak-anak tidak terlalu terganggu dengan Time-Out, berbeza kalau kena pukul atau kena tengking.
  7. Ibu bapa tidak terbeban dengan perasaan bersalah atau menyesal.
  8. Hubungan anak-anak dengan ibubapa senang kembali normal macam sebelum kena denda.
  9. Mudah nak tambah dos denda, kalau berulang kesalahan yang sama maka tempoh denda bertambah.

Tiada ulasan:
Write ulasan