Jangan Hilangkan 6 Tarikan Ini Kalau Nak Suami Sayang Lebih

Jika hilang tarikan seksual antara suami isteri, hilanglah seri rumah tangga.  Jadi, jangan ambil remeh hal ini dan jangan pula cepat mengata pasangan anda sudah berubah. Sebaliknya cermin diri sendiri dan kembalikan daya tarikan diri anda untuk ‘dihadiahkan’ kepada pasangan.


Anda boleh amalkan enam cara berikut untuk kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.

1. Bersenam
Apabila anda selalu bersenam, badan akan jadi lebih sihat dan minda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi daripada hubungan intim tersebut. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat. Bersenam bukan semata-mata untuk bentuk badan ideal dan kesihatan fizikal sahaja, malahan bersenam untuk kesihatan seks anda, mengembalikan bentuk badan seksi dan keghairahan pada pasangan.

2. Fokus untuk memuaskan pasangan
Semasa bersama, anda fokus untuk memuaskan pasangan atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada. Apabila anda sentiasa pastikan ini dalam keadaan baik, sekali gus daya tarikan anda sentiasa ada pada pasangan. Anda dan pasangan saling mendambakan di antara satu sama lain.  

3. Jaga penampilan diri tampil seksi  
Ketika di rumah, pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati dan akhirnya perasaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan masing-masing. Sungguhpun anda seorang suri rumah, bersiap untuk pasangan itu penting.

Pastinya anda tahu waktu bila pasangan akan pulang ke rumah dan tidak salah andai anda bersiap menyambut kepulangannya. Paling tidak pun berwangi-wangian sudah mencukupi untuk merangsang daya seksual antara anda berdua.

4. Jangan anggap diri tua
Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa anda suka asalkan keinginan, semangat dan daya tarikan itu ada. Jadi kenapa perlu usia dijadikan alasan untuk tidak melakukannya.  

5. Sentiasa senyum
Sentiasa maniskan wajah anda dengan senyuman manis. Kalau asyik bermasam muka apa pun tidak menjadi disebabkan gangguan pada psikologi. Mungkin pasangan menjadi takut untuk mendekati anda kerana dia sangka anda dalam keadaan mood yang kurang baik. Jadi sentiasa ukirkan senyuman manis di bibir. Bukan rugi malahan dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara anda berdua.

6. Ikhlas
Ikhlaskan diri melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anda dan juga pasangan. Apabila anda ikhlas semuanya akan menjadi mudah dan anda akan kelihatan lebih seksi serta menawan disebabkan dalaman anda bersih. Secara tidak langsung akan membuatkan anda kelihatan cantik dan berseri. Menjadikan anda begitu tertarik pada pandangan mata pasangan.

0 comment... add one now