Isnin, 11 Julai 2016

Jadi Mak Bapak Janganlah Sensitif Sangat, Komen Saiful Nang Isu Balik Kampung Tapi Tinggal Di Hotel

Balik kampung tapi tinggal di hotel turut menjadi isu ketika balik berhari raya baru-baru ini. Bagi orang tua seperti ibu bapa mesti berkecil hati dengan sikap anak-anak.
Namun, masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Saiful Nang menerusi laman facebooknya berpendapat tak salah tidur di hotel untuk menjaga aurat dan mengelakkan percampuran tidak terkawal antara sepupu sepapat. Apa pendapat korang?

Kalau kena tidur di ruang tamu, bukankah tak elok nampaknya


BALIK KAMPUNG TAPI TINGGAL DI HOTEL
Sebelum pelatah melatah dengan hanya baca tajuk, biar saya awal-awal declare saya tinggal di rumah bukan di hotel. Kedua, saya rasa tak perlu jadikan isu bila ada yang kena duduk hotel. Memang ada yang dah geli dan jijik nak memijak di bilik air yang berlendir lumut hijau sedangkan dulu masa kecil-kecil tempat tu dia selamba jer main slide pakai perut.
Tak dinafikan saya untuk seorang bapa yang berderet-deret anak dara dan isteri yang lawa untuk boleh berkompromi isu aurat. Bukanlah anak-anak dan isteri saya masuk rumah sahaja dah buka tudung dan tukar jadi tshirt atau baju kelawar tetapi kalau dah kena tidur di ruang tamu, bukan ke tak elok nampaknya. Bercampur dengan cousin, biras dan in-law yang bukan mahram buat semuanya menjadi risau.

Yang jadi mak pak janganlah sensitif sangat, zaman dulu fitnahnya berbeza


Tak salah jika sebahagian terpaksa tinggal di hotel dengan niat untuk terus lama balik kampung. Yang jadi mak pak pun janganlah sensitif sangat, kena faham juga masalah anak-anak kita sekarang ni. Dulu zaman orang nak tengok porno kena smuggle VHS tape dan senyap-senyap komplot tengok kat rumah kawan ramai-ramai dan ketika itu umur dah 15 tahun. Tapi sekarang, buka tablet sahaja keluar dah iklan Casino dengan foto lembu-lembu ternakan yang menayangkan susu-susu perahan manusia padahal baru umur 8 tahun. So, zaman pak mak dan zaman kita…fitnahnya berbeza.
Kepada semua, saya harap jangan prejudis kepada yang terpaksa cari homestay dan hotel. Saya duduk rumah kerana cukup bilik yang berpintu dan penjagaan aurat dari percampuran yang tidak terkawal. Kena ingat juga, anak tak berbapak selalu kena mark akan ramai pada bulan 9 (anak New Year) dan bulan 6 (anak Merdeka) tapi orang jarang fikir pada bulan Rajab ramai juga yang lahir anak sedara mara ni.
Sekian
SN
sumber: Saiful Nang

Tiada ulasan:
Write ulasan