Khamis, 28 Julai 2016

Ingin Jaga Hati Isteri : Hafidz Roshdi Elak Berlakon Babak Bersentuhan

Sejak mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada sekitar bulan April lepas, pelakon Hafidz Roshdi mengakui kehidupan beliau kini lebih bermakna.


Demi menjaga hati isterinya yang cukup setia menyokong kerjaya beliau, Hafidz kalau boleh ingin mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan bersama wanita lain didalam drama.
Malah, Hafidz melakukan perkara berkenaan bukan kerana isterinya semata-mata tetapi ingin menjadi seorang muslim yang baik.

Kalau boleh saya ingin mengelak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama. Bukan setakat untuk menjaga hati isteri semata-mata, tetapi untuk menjadi umat Islam yang lebih baik di sisi Allah.
Saya juga percaya pengarah sekarang lebih kreatif dan bijak untuk menonjolkan babak suami isteri tanpa perlu bersentuhan pun.
Berbicara mengenai kontroversi  beliau yang melibatkan pelakon Uqasha Senrose sebelum ini, Hafidz menganggap ia antara asam garam kehidupan bergelar selebriti dan tidak serik untuk bergandingan dengan Uqasha didalam mana-mana drama selepas ini.
Bagus kalau Hafidz Roshdi mempunyai niat sebegitu. Kadang-kadang dalam berlakon tidak perlu babak bersentuhan pun, cukup dengan cara seseorang pelakon itu “menghidupkan” watak yang diberikan. Harapnya prinsip baru Hafidz ini dapat diterima baik oleh pengarah serta penerbit drama.

Tiada ulasan:
Write ulasan