Jumaat, 15 Julai 2016

Ingat Senang Ke Nak Cari Isteri Yang Sanggup Susah Senang Bersama?

Zaman sekarang ini, kalau kau nak cari isteri yang cantik, comel, jelita, cutting badan meletup persis model, tersangatlah ramai dan mudah untuk didapati. Cuba tengok budak-budak perempuan belasan tahun sekarang, cantik dia 'lain macam'. Itu belum tengok kakak dia lagi, memang menangislah tengok. Merecik!
Tetapi kan, maaf cakaplah, kau ingat senang ke nak cari isteri yang sanggup bersusah senang dengan kau di saat barang semua mahal nak mati ini? Kau ingat senang ke nak cari isteri yang boleh menghadap lauk ikan kering, nasi gaul belacan saja setiap hari tanpa sekelumit rasa menyesal bila kahwin dengan kau? Kau ingat senang nak dapat isteri yang tidak pernah meminta dibelikan itu ini untuk dia bermewah? 

Ada itu, memanglah ada tetapi susahlah nak cari. Yang ada sekarang ini pun, cantik saja semata-mata tetapi hati kering. Yelah, tak semua. Cantik ini terlalu subjektif untuk kita terjemahkan. Cantik di mata kau belum tentu cantik di mata dia. Ini semua benda yang tak akan kekal lama. Yang cantik itu lama kelamaan akan pudar dimamah usia.

Carilah isteri yang boleh menerima kelebihan, kekurangan dan setia di sisi di saat kau terjatuh dan tiada memiliki apa-apa langsung. Tak kisahlah cantik atau tidak. Kalau kau dah jumpa orang macam itu, hargai dan sayangilah dia sepenuh hati Lillahi Taala. Moga bahagian miliki kalian. - Amanda Rose 

Tiada ulasan:
Write ulasan