Rabu, 20 Julai 2016

Ibu Bunuh 2 Anaknya Sebelum Bunuh Diri

KOTA SAMARAHAN - Seorang ibu dipercayai telah membunuh dua anak lelakinya yang berusia 7 dan 4 tahun sebelum membunuh dirinya di Kampung Baru, malam Selasa.

Wanita yang berusia 37 tahun itu didapati menggantung dirinya di dalam tandas rumah tersebut sebelum ditemui oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan penemuan dua kanak-kanak terbabit dalam keadaan yang mencurigakan pada jam 7.55 malam.





"Polis menemui dua kanak-kanak terbabit di bilik tidur di mana mangsa yang berusia 7 tahun sudah meninggal dunia, manakala adiknya dalam keadaan kritkal. 

"Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya. 

Polis menemui sejenis cecair peluntur di bilik tidur berkenaan yang disyaki telah diberikan kepada kanak-kanak berkenaan

Tiada ulasan:
Write ulasan