Hati Isteri Mana Yang Tak Emosi - Adira

Terbaru, akhirnya Adira telah tampil membuka mulut mengenai kontroversi suaminya itu. Jelas Adira, beliau mengakui emosinya sedikit terganggu kerana  isu berkenaan. 

Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa dendam terhadap Ruhainies kerana pelakon itu sudah menjelaskan perkara sebenar kepadanya.
Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah. Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.

Adira juga berharap tiada pihak yang mengaitkan video berkenaan dengan rumah tangganya.
Pada masa yang sama, Adira mengakui beliau kini sudah hamil dua minggu dan hanya membuat ujian menerusi kit kehamilan di rumah.
Melihat pada situasi sekarang yang agak tegang dan panas membabitkan suaminya, Adira membuat keputusan untuk menangguhkan hasrat beliau ke hospital untuk mendapatkan pengesahan kehamilan oleh doktor.

Memang benar saya kini hamil dua minggu. Tetapi saya belum dapat pengesahan doktor sebaliknya hanya mengagak usia kehamilan berdasarkan kiraan sendiri. Ujian pun saya buat sendiri selepas membeli kit kehamilan. Masih terlalu awal sebenarnya untuk saya kongsikan dengan umum tetapi suami sudah maklumkan dulu. Buat masa ini paling penting adalah kandungan, perkara lain saya tolak tepi.</

0 comment... add one now