Isnin, 4 Julai 2016

Hanya Kanak-Kanak Ini Selamat, 7 Ahli Keluarganya Meninggal Dunia #Kemalangan

Gua Musang: Kanak-kanak berusia tiga tahun adalah satu-satunya mangsa tunggal terselamat dalam kemalangan ngeri mengorbankan tujuh ahli keluarganya.

Keluarganya terkorban dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok, di sini, pada 1.30 pagi, hari ini.

Muhammad Aqil Aliuddin Mohammad Amin Firdaus, 3, patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM), di sini.

Mereka terkorban adalah Mursyida Ahmad Latfi, 29, (ibu Muhammad Aqil Aliuddin), Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29 (bapanya) dan Nurhana Jannati, lima bulan (adiknya).

Turut maut adalah kembar kepada Mursyida iaitu Munira dan suami Norazmi Mahat, 37, dan anak mereka, Rifqi, sebulan, dan Raidatul Syazwani Abdullah, 4.

Kesemua mereka semua dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kampung Kubang Badak, Kedai Lalat, Kota Bharu.

Terdahulu, ibu kepada arwah Mursyida dan Munira iaitu Radziah Abu Bakar, 57, dan ahli keluarganya melakukan pengecaman jenazah di Jabatan Forensik HGM.


Al-Fatihah..kemalangan melibatkan 4 buah kenderaan berlaku di jln Gua Musang-Kuala Krai selepas kem semur tentera G.Musang sekejap tadi lebih kurang pkl 1.19pg ini, 04/07/2016.
Kenderaan dan mangsa terlibat
1) 1 lori hino (2 lelaki india-cedera)
2) Kereta Alza (2lelaki melayu-cedera)
3) Kereta Myvi (1lelaki, 2 perempuan- cedera)
4) Kereta Myvi (2 lelaki- meninggal, 2 perempuan-meninggal, 2 bayi lelaki-meninggal, 1 kanak2 lelaki-meninggal, 1 bayi perempuan-cedera)
Jumlah kenderaan terlibat 1 lori, 3 kereta.
Jumlah Mangsa terlibat 15 org , 7 org meninggal dan 8 org cedera..berhati2 semasa memandu ingatlh org tersyg menanti kepulangan mu..

Tiada ulasan:
Write ulasan