Selasa, 26 Julai 2016

'Hadiahkan Isteri Dengan Kesetiaan, Bukannya Hadiah Isteri Baru' - Redzuan

Guys, jadilah lelaki yang cukup dengan satu. Jangan ikut sangat gelora/gelodak nafsu itu. Ingat pesan abang, kita kaum lelaki ini diuji saat guna kereta Mercedes, Ferrari, Lambhorgini dan BMW. Saat duit kita berkepuk-kepuk dalam Maybank 2 you, masa ini 'miss universe', 'miss world', 'miss pondan' datang berpusu-pusu menghimpit kita.

Masa ini juga kita akan lupa siapa kita yang dulu. Janganlah menjadi lelaki yang 'dungu'. Tolong ada sedikit perasaan malu! Tolong cerdik sikit fikir guna otak yang Allah berikan itu. 

Ingat ada ke perempuan yang akan datang pada kita masa kita hanya ada kereta Dutson Baulu? Ada ke perempuan pandang kita masa kita pakai seluar buruk dan lusuh itu? Ada ke perempuan yang sentiasa mendoakan kita tak kira waktu? Ada ke perempuan yang tanya "abang dah makan belum tu?" 


Kalau tak ada, guys.. 

Tolong buka mata luas-luas dan hargai perempuan mana yang ada semasa kita susah dulu. Hadiahkan mereka dengan kesetian dan apa yang mereka mahu. Bukan hadiahkan mereka dengan isteri baru! 

Perempuan ini alergik dengan madu. Kita sebagai lelaki jangan jadi seperti Dato' Red itu. Jadilah seperti TokJib setia dengan NekMah sejak dari dulu! - Redzuan Abd Manaf 

Tiada ulasan:
Write ulasan