Selasa, 26 Julai 2016

GOOD MEOWNING Di Sihir Seseorang, Pelanggan Dewasa Nampak Tutup, Anak Nampak Lain




Tadi sambil drive, sambil memikirkan tentang hal Good Meowning Cafe sampai terlanggar kereta orang. Dengan tak ada collection cafe, melayang pula RM450. Hari ini, dari pagi sampai jam 12.40 tengah hari, langsung tiada pelanggan datang ke cafe. 

Dulu masa awal-awal buka cafe, dapat amaran dari orang yang tidak dikenali di Facebook tentang ada orang yang tidak disangka mahu menjatuhkan saya. Tetapi saya tak ambil port sebab saya bukan siapa-siapa. Jawatan apa pun tak ada, pengaruh apa pun tak ada. Hanya seorang surirumah yang gilakan kucing dan mahu berkongsi kegilaan itu dengan orang lain.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Facebook di atas keperihatinan anda"

Ramai yang memberikan kata-kata perangsang dan semangat serta nasihat buat kami untuk menghadapi dugaan ini. Ramai rupanya yang nampak Good Meowning ini tutup saja. Tengoklah gambar-gambar di bawah, kedudukan Good Meowning dan suasananya yang jelas kelihatan tak kira siang atau malam.

Tetapi ada yang tidak pernah tahu kewujudan kami meskipun selalu datang di kawasan permis ini. Ramai yang dilindungi pandangan oleh sesuatu sehingga tidak nampak atau nampak kami tutup sahaja. Padahal Good Meowning beroperasi setiap hari. 

Kami beroperasi dari Selasa ke Ahad, jam 9 pagi - 10.30 malam. Ada yang kata kami tak buka selepas raya. Walhal kami mula beroperasi pada raya ketiga. 

InshaAllah kami akan menghadapi semua ini dengan usaha dan tawakal pada Allah SWT. Setiap sesuatu berlaku dengan izinNya. - Noraziyah Mansor |


GOOD MEOWNING.... Tadi sambil drive sambil memikir hal cafe sampai terlanggar kereta org. Dgn takde collection cafe melayang plk rm450. Hari ni dari pagi sampai jam 12.40tgh xde pelanggan cafe langsung. Tolong doakan ya. Dulu masa awal2 buka cafe ada dpt amaran dari org kat fb (tak kenal pun)ttg ada org yg tak disangka nak jatuhkan kak. Tp tak ambik pot sbb kita bukan sapa2. Jawatan apa pun xde. Pengaruh pun takda. Hanya seorang surirumah yg gilakan kucing dan nak berkongsi kegilaan itu dgn org lain.... Di bwh antara respon dari kawan2 fb.


Tiada ulasan:
Write ulasan