Isnin, 25 Julai 2016

Gadis litar berpakaian menutup aurat?

SETIAP pasukan dalam bidang permotoran pastinya akan menggunakan khidmat gadis litar dengan memakai pakaian seksi bagi menarik perhatian para penonton dalam setiap anjuran kejohanan yang diadakan.

Gadis litar berpakaian menutup aurat?

Namun begitu, berbeza pula dengan penampilan pasukan Braaap Racing menerusi cabaran Pirelli Malaysian Superbike Championship 2016 kali ini di mana para pelumba pasukan berkenaan didampingi oleh model dan gadis litar yang berpakaian Muslimah serta menutup aurat.

Menerusi kemas kini di laman Facebook Braaap Racing, kelihatan gambar model-model Muslimah terlibat dengan lengkap berpakaian menutup aurat sedang memegang payung dan duduk bersebelahan pelumba sebelum saingan bermula.

Difahamkan, model-model berkenaan ditampilkan oleh ZettyJasmy yang merupakan jenama produk pakaian Muslimah tempatan.

Selain daripada itu, penampilan gadis litar oleh ZettyJasmy itu dengan menggunakan tagline ‘Stylish Yet Syarie’ juga diharap dapat membuka mata pelbagai pihak dalam bidang sukan permotoran negara ini khususnya golongan wanita.

Tiada ulasan:
Write ulasan