Sabtu, 16 Julai 2016

Foto Nikah, Wajah Isteri Kedua Adi Putra Tersebar

Foto nikah dan wajah isteri kedua pelakon Adi Putra telah disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp selepas berita pernikahan pelakon tersebut dilaporkan akhbar pada Sabtu.



Memetik laporan daripada portal Astro Gempak, gambar pernikahan dan juga wajah isteri kedua Adi Putra telah disebarkan malah portal tersebut turut menerima gambar lelaki seiras Adi sedang mengucup dahi seorang wanita.

Melalui maklumat daripada sumber portal tersebut, individu tersebut mendakwa bahawa isteri kedua Adi merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan dan majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.

Wanita berusia 33 tahun itu juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga. Sementara itu, Harian Metro juga pernah melaporkan dakwaan bahawa Adi sudah berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu baru-baru ini.

Isteri Adi, Aida Yusof bagaimanapun enggan mengulas serta memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Namun Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Tambah protal itu lagi, Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.

Tiada ulasan:
Write ulasan