Rabu, 13 Julai 2016

Enggan Selfie Dengan Wanita, Ashraf Muslim Dituduh Sombong

Tidak ada niat lain bagi pelakon Ashraf Muslim selain mahu menjaga batas pergaulan dengan wanita dan sehingga kini menyatakan bahawa dia tetap dengan pendirian untuk tidak bergambar dengan wanita yang bukan mahram.


“Apabila menolak, pasti saya akan dilabel sombong. Namun saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tetapi saya mengharapkan peminat memahami permintaan saya,” katanya kepada BH Plus dan menyatakan bahawa tindakannya itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Selain itu, Ashraf juga berkongsi cerita bagaimana insiden seorang wanita berusia yang boleh dipanggil ibu mahu berselfie dengannya ketika mengerjakan ibadah umrah.

“Tanpa segan silu, dia mahu bergambar selfie dengan saya. Saya terkejut dan darah saya naik tiba-tiba. Marah pun ada. Namun begitu, saya menolaknya dengan cara baik,” jelasnya yang sempat menasihati wanita berkenaan.

Justeru itu, untuk bergambar bersama Ashraf, dia mengesyorkan agar ahli keluarganya dan ahli keluarga peminatnya itu turut serta kerana Ashraf menegaskan dia tidak akan mengambil gambar berduaan dengan wanita yang bukan mahram.

Tiada ulasan:
Write ulasan