Isnin, 25 Julai 2016

Elak Hati Anak Keras Seperti Batu, Didik Ikut Cara Nabi

Niat kita ingin mendidik, tanamkan disiplin, betulkan apa yang sila. Tetapi, rupa-rupanya dalam masa yang sama mungkin cara yang kita fikir sedang mendidik itu sebenarnya sedang menjadikan hati anak kecil itu keras seperti kerasnya batu.


Sedih, frust rasanya. Kenapalah selalu terlebih-lebih dalam menegur dan mendidik anak. Nada terkasar, ayat keras, kenapalah tak boleh kawal emosi dan tak mampu bersabar? 

"Sayang, maafkan mama yang selalu lupa awak kecil lagi..."

Allahurabbi, kita ini umat nabi, sayang nabi tetapi kita tak ikut cara nabi. 

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas r.a, ia berkata: 

"Aku menjadi pembantu Nabi s.a.w selama sepuluh tahun. Tidaklah beliau memberiku perintah, lalu aku lama mengerjakannya atau tidak aku kerjakan sama sekali melainkan beliau tidak mencelaku. Apabila ada salah satu anggota keluarga beliau yang mencelaku, beliau bersabda, 

"Biarkanlah dia. Kalau dia mampu, pasti dilakukannya." 

Nota kaki: Anas r.a waktu itu seorang anak kecil. 

Cara Rasul itu menumbuhkan perhatian mendalam dan rasa malu pada diri anak kecil bernama Anas. 

Terbukti kan, cara penuh kasih sayang itu tidak sia-sia. Susah nak faham tetapi itulah yang nabi ajar dan buktikan. 

Jom teladani Rasul yang tidak mencela apatah lagi menengking anak kecil. Jangan kita keraskan hati lembut itu dengan kata-kata kita sendiri. - Dr Siti Ujila 

Tiada ulasan:
Write ulasan