Rabu, 20 Julai 2016

Doktor Kacak Bakal Suami Lufya


Bekas pelajar Akademi Fantasia, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor. Mereka telah pun mengikat tali pertunangan pada hujung Ramadan yang lalu.

“Kami bukan buat majlis bertunang besar pun, sekadar hantar cincin tanda saja. Hanya keluarga terdekat saja yang hadir. Belum ada tarikh tetap untuk melangsungkan pernikahan.



“Kalau boleh tahun ini juga sebab perkara baik buat apa ditangguh-tangguhkan. Apa-apapun kena tengok pada jadual kerja dia juga, sebab dia pun sibuk, Kalau tak tahun ini mungkin awal tahun depan,” katanya kepada Utusan Online

Lufya sudah mengenali tunangnya, Che Muhammad Hafiz ketika beraya di salah sebuah rumah kenalannya di Kelantan.

Tiada ulasan:
Write ulasan