Isnin, 18 Julai 2016

Dijebak Rakan Sehingga Hamil Luar Nikah, Ini Sebab Kita Tak Boleh Menghukum Orang Sewenangnya!

Seringkali kurang didikan agama menjadi punca terjadinya gejala sosial dan maksiat dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Pun begitu, terdapat insan yang diuji dengan musibah yang bukan diminta atau ditempah oleh dirinya.
Melalui cerita pengusaha rumah perlindungan Baitus Solehah ini, terdapat gadis baik-baik yang dijebak oleh kawan-kawan sehingga hamil luar nikah. Ini sebabnya kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang lain. Ayuh munasabah!

Kisah Gadis Baik Hamil Luar Nikah…


Musibah Mengandung Tanpa Suami bukan kerana kurang didikan Agama
Termenung saya memikirkan sesuatu apabila ada remaja mengandung mendaftar masuk. Bertambah jauh saya merenung apabila dikaji selidik latar belakang, remaja itu mempunyai didikan agama yang kukuh. Bersekolah agama dari madrasah yang terkenal. Selalu solat 5 waktu yang cukup, menutup aurat dengan sempurna. Bukan anak yang sosial atau jenis membantah.
Inilah ujian untuk seluruh ahli keluarga. Ujian kepada ibu dan ayah yang telah bercerai. Tetapi perceraian itu bukan membuatkan mereka diabaikan, kerana hubungan yang baik masih terjalin antara keluarga. Anak ini selalu diberikan perhatian dan dorongan.

Dijebak Kawan-Kawan…



Asbab terjadi apabila anak ikut mengikut kawan kawan sekelas berkelah di pantai dan bermalam di sana. Ada antara mereka yang melakukan tipu daya meletakkan pil khayal ke dalam minuman menyebabkan tidak sedar apa yang berlaku di malam itu apabila ramai ramai berunggung api di pantai. Cuma sekali sahaja, Allah memperlihatkan keagungan dan kekuasaanNya, maka tersenyawalah benih di dalam rahim. Selepas pulang dari situ meneruskan kehidupan harian seperti biasa sehinggalah menyedari bahawa sudah 3 bulan tidak didatangi haid.
Apabila pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan, didapati ujian urine positif. Terkejut, bingung dan murung. Namun, tidak mendiamkan diri, mencari maklumat melalui google. Pergi senyap senyap menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik sendirian untuk mengesahkan kehamilan.
Selepas dapat pengesahan, ada buku merah, pergi berjumpa ibu dan menceritakan. Ibu menerima takdir dengan redha. Kemudian berkongsi dengan bapa dan akhirnya sepakat untuk dia kembali ditarbiyah. Walaupun kesalahan itu bukan 100% berpunca dari sikap dan akhlaknya, tetapi kecuaian mengikut kawan kawan telah menjadi asbab kepada musibah ini.

Berat Ujian Keluarganya!

Ibu pula belajar untuk redha dengan ujian. Simpati dengan ibu yang sedang menerima ujian sangat parah. Ujian berhadapan dengan bapanya murtad, emak dan bapa terpaksa difaraq kerana tindakan bapa yang murtad, kesihatan emak yang sangat tidak stabil akibat pembedahan yang baru dijalani dan kini musibah anak perempuan sulong mengandung tanpa suami. Alangkah kasihnya Allah menguji dirinya begitu. Sabar orangnya, tenang intonasinya dalam berbicara. Hanya iman yang kental dia melalui takdir dengan redha. Pada ayah yang murtad pun dia berbakti, pada emak yang sedang sakit dia berbakti kerana dia satu satunya anak perempuan di dalam keluarga setelah kematian abangnya.
Kedua dua ibu dan ayah muhasabah diri, memperbaiki jalan jalan kehidupan, bertaubat atas kesilapan lalu yang tidak disedari. Berusaha menjaga hubungan dengan Allah kerana kita ini lemah dan tidak punya daya upaya menyelamatkan diri dari sebarang perkara mungkar, hanya Allah yang menjaga diri dan maruah kita. Mohonlah bersungguh sungguh untuk menyelamat dan menjaga maruah dan diri kita,keluarga kita walau dimana pun berada.
Hari ini telah mendaftar masuk 5 orang pelatih baru, semalam 2 orang pelatih baru. Latar belakang didikan agama yang baik bukan jaminan melainkan kita sebagai ibu bapa mesti menjaga hubungan dengan Allah, berbuat kebajikan dan berdoa. Jangan jemu berdoa mohon perlindungan Allah untuk keselamatan diri dan seluruh ahli keluarga.
Sumber: Baitus Solehah

Tiada ulasan:
Write ulasan