Selasa, 26 Julai 2016

Dihimpit Kontroversi.. Datuk Red Nyanyi Lagu ‘Madu 3’

ALAHAI.. bertambah hairan campur pelik pula melihat perangai suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.


Video: Dihimpit Kontroversi.. Datuk Red Nyanyi Lagu 'Madu Tiga'

Dikala dirinya dihimpit dengan kontroversi panas gara-gara video mesranya bersama pelakon baharu Ruhaianies tersebar, ahli perniagaan ini masih lagi boleh bertenang dan bergembira.
Malah, Datuk Red langsung tidak berselindung kepada media, sebaliknya tidak henti-henti tampil dengan pelbagai kenyataan hinggakan namanya menjadi trending di laman sosial sejak hujung minggu lalu.
Apa yang lebih mengejutkan ramai, Datuk Red sempat memuat naik video menyanyikan lagu ‘Madu Tiga’ di laman Instagram iaitu sehari selepas video mesranya bersama Ruhaianies menjadi viral.
Lirik lagu Madu Tiga yang mempunyai bait-bait: “Isteri tua merajuk.. Balik ke rumah isteri muda.. Kalau dua-dua merajuk..Ana kawin tiga! Mesti pandai pembohong.. Mesti pandai temberang.. Oh tetapi jangan sampai.. Hai pecah tembelang!” ternyata membuat netizen ‘kepanasan’ apabila Datuk Red menyanyi.
Rata-rata netizen menyelar dan mengkritik tindakan Datuk Red menyanyikan lagu itu kerana merasakan perbuatan itu boleh melukakan hati kedua-dua isterinya, iaitu Datin Red dan Adira.

Tiada ulasan:
Write ulasan