Diana Amir Sahkan Hamil Buat Kali Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Diana Amir yang baru sahaja mengumumkan berita kehamilan beliau buat kali kedua. Berita gembira itu telah dikongsi menerusi akaun instagram beliau semalam, dengan usia kehamilan selama empat bulan selepas anak perempuan pertamanya, Khaulah Al Azwar yang kini berusia setahun empat bulan.



“Alhamdulillah hanya ALLAH tahu betapa bersyukurnya saya melihat bayi dalam kandungan saya yang berusia empat bulan. Insya-ALLAH doakan semuanya berjalan lancar dan bayi saya akan dilahirkan dengan mudah, sihat dan baik-baik sahaja. Amin,” katanya kepada Sinar Harian Online berhubung dengan berita gembira kehamilan beliau buat kali yang kedua.
Screen Shot 2016-07-29 at 8.46.19 AM

Dalam perkongsian itu, Diana telah memuat naik sebuah video menunjukkan imbasan ultra bunyi yang dilakukan semasa pemeriksaan doktor, bagaimanapun Diana masih belum mendedahkan jantina bayi berusia empat bulan itu. Perkongsian itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh para peminat yang juga sama mendoakan kesejahteraan pelakon itu.


Terdahulu, hasil perkahwinan Diana dengan Mohd Habibbullah, pasangan ini terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata perempuan pertama yang kini sudah berusia setahun empat bulan. Semoga kelahiran baru ini akan menambahkan lagi keceriaan dan seterusnya melengkapkan keluarga kecil ini, dan diharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

0 comment... add one now