Dapat Restu Keluarga, Jurutera Bakal Suami Julia Ziegler

PETALING JAYA: Aktres Julia Ziegler memberitahu Hari Raya Aidilfitri kali ini paling istimewa apabila dia dapat beraya bersama-sama kekasihnya, seorang jurutera kimia yang mahu dikenali sebagai Johan berusia 33 tahun.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, berkata, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada keluarganya untuk mengenali lebih dekat pemuda tersebut dan berbincang berkenaan hari perkahwinan mereka pada Disember depan.

"Alhamdulillah, mungkin Hari Raya ini terakhir sebagai wanita bujang kerana perancangannya pada Disember depan atau paling lewat pun Januari 2017 kami akan melangsungkan perkahwinan.

"Saya mahu perkahwinan yang sederhana dan buat perkara wajib sahaja, walaupun saya selebriti tapi saya tidak mahu majlis yang terlalu besar-besaran," ujarnya kepada

Tambah aktres Abang Sado Boleh Settle  ini, keluarga kedua-dua belah pihak sudah pun bertemu dan setuju dengan majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan akhir tahun ini.

Bercakap tentang lelaki tersebut, Julia berkata, dia mengenali Johan sejak awal tahun lalu di sebuah restoran di ibu kota.

Katanya, Johan mampu membuka hatinya untuk kembali percaya semula kepada lelaki selepas beberapa kali gagal dalam percintaan.

"Akhirnya ada juga orang ingin berkahwin dengan saya, mungkin juga jodoh sudah saya sudah sampai.

"Dia buat saya rasa istimewa dan mengubah beberapa perkara dalam kehidupan saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang foto-foto bersama lelaki itu, kata Julia, dia enggan terlalu mendedahkan wajah kekasihnya di laman sosial.

Dia tidak mahu perkara-perkara tidak diingini seperti yang dilaluinya dahulu berulang kembali.

"Saya memang memilih untuk tidak berkongsi gambar-gambar bersama dengannya di laman sosial kerana tidak mahu perkara buruk terjadi.


"Biarlah hubungan kami terjalin seperti biasa tanpa sebarang gangguan luar seperti sebelum-sebelum ini," ujarnya.

0 comment... add one now