Isnin, 18 Julai 2016

Bila Lelaki Kulit Muka Tebal Duduk Dalam Koc Wanita

PERKHIDMATAN koc wanita yang diperkenalkan oleh KTM Berhad sudah beberapa tahun dilaksanakan.

Untitled (1)

Namun ada sahaja kaum lelaki yang tak berapa alert atau mungkin memang sengaja tidak mahu mematuhi peraturan dengan selamba masuk ke dalam koc wanita yang memang dikhaskan untuk kaum WANITA sahaja.
Mustahil tak pandai baca arahan kalau mesej di telefon bimbit pandai pula dibaca kan?
Inilah yang boleh dikatakan kepada pihak yang berkenaan dalam gambar viral di atas. Akibat perbuatan pentingkan diri dua remaja lelaki yang tidak tahu malu duduk di tempat yang dikhaskan untuk pengguna wanita, individu yang sepatutnya mendapat faedah terpaksa duduk atas lantai.
Mungkin selepas ini KTM boleh guna pendekatan ambil gambar mereka yang tak mematuhi arahan dan tampal di stesen untuk dijadikan pengajaran.
Jadi kaum lelaki akan lebih peka tentang hal ini dan tidak buat derk je.. – 

Tiada ulasan:
Write ulasan