Sabtu, 16 Julai 2016

Bertunang Dengan Gadis Pilihan Makcik, Tak Sangka Dia Kaki Dota Dan Kuat Maki

Assalamualaikum, saya lepasan UIA dan kini sudah bekerja di sektor swasta. Saya sudah bertunang 4 bulan lepas. Nak dipendekkan cerita, saya mengenali tunang saya tu pun melalui makcik sy. Biasalah, masa raya (tahun lepas), ada makcik tanya,”ko bila nak kahwin”. Maka dengan selambanya sy ckp,”makcik carikan la” (sambal diiringi gelak ketawa dari makcik dan mak sy. Tup Tup, dicarinya betul2 dan diperkenal kan sy dgn seorang perempuan, dari kampung sebelah, maknya kwn sekerja makcik.

Alhamdulillah, sepanjang setahun perkenalan dengan si dia, tak pernah lagi keluar berdua, hanyalah sekadar whatapps sikit2, call tapi Facebook pun tak add sbb tak tanya. Kalo berjumpa pun, di rumahnya atau kedai makan berdekatan bersama mak ayah dan abang2nya. Kira baru dlm 3-4 kali la tgok dia secara live. Alhamdulillah, semuanya ok dan baik familynya. Perancangan kahwin? Dlm bulan 3 tahun depan tapi belum prepare apa2 lg, baru pergi kursus kahwin tapi duit hantaran semua cukup. No prob.

Berkenaan dgn diri sy, sy main game jgk la, CSGO, tapi takde la kuat sgt main, rank silver je, sekadar isi masa lapang kat rumah lepas habis kerja. Dota? Kadang2 main, tu pun sbb kwn2 ajak, smpai whatapps & call ajak main, em takpela, teman je la, kwn2 lama, dpt la jgk lepak ngn kwn2 lama.

Namun, 2-3 minggu sebelum puasa haritu, sy dpt tau yg tunang sy ni main dota, itupun melalui kwn sy. Ketika sedang minum2 di kedai mamak, ketika sedang bersembang2, seorang kwn sy sgt khusyuk melihat phonenya. Sy pun tegurla, “asyik main phone je”. Maka, kwn sy ckp, “eh takdela, ni tgh watch stream melalui “twitch” , tgh tgok girl streaming sambil main dota”. Dan ditunjukkannya kpd sy, sbb phone kecik pastu dia tak full screen, jadi tak berapa jelas sgt wajah perempuan yg bermain dota tu (sbb dia memakai hoodie yang labuh menutupi sikit muka dan memakai headphone), tapi dpt dilihat chat2 dlm channel twitch tu, mcm2 ayat, love bagai,”waaa hebatnya awak main", "nnti invite sy, da lama sy tnggu turn nk main dota dgn awk sekali", " jom road to 3k, sy boostkan awk" dan mcm2 lagi, ada dlm 100 org dlm chat tu dan sy rasa semuanya lelaki

Sy tak ambil kisah sgt, maklumla, tgh minum2, sembang2 ngn kwn2 lama, pastu da nak gerak balik ke rumah. Namun, kwn sy yg sedang tgok “twitch” tadi pun bgtau la yg dia kenal ramai perempuan yg main dota, siap ada add dorang dlm facebook dan steam/dota. Maka ditunjuknya facebook perempuan tersebut. Emm, macam ku kenal mukanya, mcm tunang aku, dan tgok sikit2 photonya, eh, ni gamba mak ayah dia time raya, ok.. nak lagi kepastian, sy bkk profile picturenya, bukak besar2, yup confirm mmg tunang sy. Ada 300 likes gamba yg baru upload sehari, dan komen dipenuhi mcm2 komen berkaitan dota, spt ulti, arrow mirana menusuk kalbu, jom dota mlm ni dan berbagai2 lagi (semua laki).

Saya macam, emm, eh, what? Haha. Sy diam, kwn2 sy pun taktau tu tunang sy, maklumla, majlis pertunangan yg sy buat sekadar family2 terdekat dan tak dihebohkan. Gamba pun tak ditunjukkan kpd kwn2. Maka selepas tu, keinginan sy utk ambil tahu tentang tunang sy dalam dunia dota ni semakin menjadi-jadi. Sy bukak steam/dota dan cuba add dia – tapi tak boleh, friendlist full agaknya. Pastu tanya la kwn sy aritu, mintak tlg dia sbb dia pernah ckp dia ada add tunang sy dlm steam/dota. Kebetulan pulak dia free mlm tu, dan dia ckp ok, nnti dia akan suggest party to invite dan sy berjaya satu party dota dgn tunang sy tu. Dan bermulalah game dota, saya pakai hero alchemist tapi entah kenapa saya rasa game tu macam susah sgt, dan akhirnya 30 min kami kecundang, barulah saya dpt tau yg mereka semua hebat2, 3k mmr, sy pula 1.5k. score sy “0-9-2”. sy dicaci, trashtalk by team sendiri, noob dgn segala maki hamun, 5 org opponent membahan sy + 3 teammates sndiri caci hamun sy, dan yg mnyedihkan tunang sy turut terlibat dan terus kick sy drpd party trsebut. Kwn sy hanya diam dan berpesan kat sy, “takpe rilek2, nnti ak ajar ko main hero alchemist”, sy pun mcm takde mood dan trus baring atas katil. Dan pada masa yg sama, sy whatapps dia, tiada reply, lewat mlm sikit tu lepas 2 jam, baru ada reply selamat malam, takpe la, sy phm, g la main dota dulu.

Keesokan mlm, sy cuba guna “kabel” kwn sy yg friend dgn dia dlm steam tu utk main dota lg dgn tunang sy, hmm. Hampeh, kene kick dan ckp, jgn ajak noob. Kwn sy pun ckp, sorry bro. Sy pun bercerita la dgn dia, yg dia tu tunang sy, kwn dy pun terkejut,” emm what? @@”. Sy pun bkk la twitch, yup, mmg nmpak dia tgh streaming, cantik, dan kebetulan pulak ada seorang yg main tak menjadi dalam team dia, Ya Allah, Bahasa yang dia guna utk maki hamun org tu rasanya pemain dota akan paham apa bahasa yang digunakan. Kaki rage.

Hari2 seterusnya, saya whatapps dan mesej lambat reply, kadang2 esok baru reply, kadang2 call x terangkat sambil saya perhati twitch dia yg tengah streaming, sambil layan laki lain dlm chat.. Saya pun jadi serba salah, patutkah sy teruskan hubungan, tapi saya lelaki yang masih berfikiran waras tanpa bertindak melulu. Dan sy sedar, sbb sy lelaki, sy tau apa niat lelaki2 lain yang selalu chat2/mesej2 perempuan hari2 tiap2 masa, tak lain tak bukan nk tekel la tu. pastu dilayan pulak tu.

Jadi apa harus sy buat?

– Alchemist

Tiada ulasan:
Write ulasan