Ahad, 31 Julai 2016

Bayi Nadiya Nissa Meninggal Dunia Dalam Kandungan

KUALA LUMPUR 31 Julai - Anak kedua kepada aktres Nadiya Nisaa, yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre di sini hari ini.



Suami Nadia, Saiful Razman Kasim berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak sebelum solat zohor hari ini.

Tambah beliau juga, isterinya yang juga seorang pelakonJejak Warriors berada dalam keadaan sihat namun masih lemah dan bersedih atas kehilangan.

Sementara itu, orang ramai memberikan ucapan takziah dan kata-kata semangat di laman Instagram Nadiya.

Pengguna Instagram berkata : "Takziah buat sis @nadnisaa & keluarga.. Semoga tabah & redha dgn ketentuanNya...".

Kata rainamohdizham pula "Hye @nadnisaa 1st of all i nak ucap takziah..however nad bagi i u bersyukur sgt2...sgt2..sgt2..sebab Allah berikan u peluang & rezeki melakui saat manis begelar seorg ibu..u dapat rasa from stage 1 to another stage but i until skrg menantikan saat saat tu dear..i sampai rasa mungkin i xkan diberi peluang..  it ok nad Allah ambil ni Allah akan gantikan yg lebih baik nanti .ok. be strong"

Tiada ulasan:
Write ulasan