'Banyak Kali Ditampar Cikgu, Ya Aku Masih Berdendam'

Aku pernah kena tampar banyak kali juga di sekolah. Antara sebab aku ditampar adalah kerana tak butang baju Melayu sampai ke atas. Sampai sekarang aku berdendam. 


Cikgu stress dengan rumah ke, dengan pihak kementeiran ke, dengan bapak kau ke, tak payah nak mencari alasan-alasan bodoh (contohnya tak pakai butang baju melayu sampai ke atas) sebagai alasan untuk melepaskan rasa tidak puas hati itu kepada anak murid. 

Aku tahu, antara 'menghukum untuk mengajar' dengan 'menghukum untuk melepaskan kemarahan pasal benda lain' sebab ada juga yang aku kena tampar sebab aku buli rakan sekolah. Tetapi aku sikit pun tak berdendam. 

Cikgu tak semuanya betul. Cikgu mengajar agar kita boleh menilai apa yang betul, apa yang salah. Tetapi bila kementerian buat sistem macam babi untuk cikgu-cikgu, tak ada pula mereka ini nak melawan? Yang melawan ini pun aku tengok, bekas cikgu (dan suami bekas cikgu). 

Lah, takkan bila cikgu kena keluar duit sendiri untuk program yang bajetnya patut datang dari KPM, hangpa ramai-ramai tak berani nak kata "Tidak"? Maka apa dekat maktab (atau KPLI) dulu? 

Jadi, selalunya anak murid nakal inilah yang menjadi mangsa. Mujur aku jenis yang tak insaf bila kena tampar. Kalau tak, mesti aku sudah belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti dan jadi cikgu. 

Ya cikgu, sampai sekarang aku masih dendam. - Mutalib Uthman 

0 comment... add one now