Rabu, 27 Julai 2016

Ayah Guna Alasan Mak Tak Cukup Bagus, Tapi Hakikatnya

Ayah aku kahwin dua. Ayah aku ni cerewet. Nak dijaga macam raja. Mak aku bab2 masak dan jaga rumah ni agak fail lah. Bukan fail sangat pun. Cuma jenis yang ayah aku tak suka. Aku pun kadang2 rasa geram gak tengok rumah aku. Haha. Btw adik beradik kami ramai perempuan. So kami2 lah yang ‘bertanggungjawab’ buat kerja rumah semua.


Mak aku pun kerja besar. Besar dari ayah aku, so dia bukan ada masa sangat nak setel rumah. Tapi masalahnya, ayah aku ada mentaliti yang kerja rumah ni kerja perempuan. Tak pernah sekali pun dia tolong kami buat kerja rumah. Pastu dia rajin gak komplen. Adoi.

Aku kadang nak marah ayah, aku pikir kami ramai perempuan. Dengan mentaliti orang sekarang, rumah sepah pun salah kami yang perempuan ni. Tapi masalahnya, kadang2 sampai lebih. Mak aku gaji besar, so banyak mak aku yang beli barang. Ayah aku bayar bil, yuran camtu je.

Sebab mak aku tak bagus sangat bab2 hal rumah, ayah aku jadikan ni alasan kawin lain. (Padahal aku rasa ayah aku sendiri salah dalam hal ni, dia sendiri tak cukup bagus. Bab2 belanja keluarga pun dia berkira)

Pastu ayah aku kawin lain, mak tiri aku ni bagus. Rumah bersih, masak sedap. Memang jenis yang ayah aku suka la. Tapi aku kesian kat dia. Sebab perangai ayah aku yang layan perempuan macam….

Ayah aku baik. Agak bertanggungjwab. Tapi ayah aku suka mengelat. Dia nak senang je. Kesian aku tengok mak2 aku.

Time raya haritu, mak2 aku buat rumah terbuka. Time rumah aku buat, ayah aku lepak umah mak tiri. Datang time da nk dekat waktu tetamu datang and tolong sikit2 je macam beli ais, pinggan polisteon camtu. Pastu layan tetamu. Kami la yang bertungkus lumus setel semua yang boleh.

Pastu time mak tiri aku punya turn rumah terbuka, dia lepak rumah kami pulak. Tapi time tu sbb rumah kami pun ada tetamu. So bukan salah sangat lah kot. Tapi aku still tak setuju sangat. Sebab perkara2 macam ni da banyak kali berlaku. Rumah2 kami ni macam hotel. Nak check in check out sukahati. Time tidur je ikut turn. Rumah aku takde makanan balik rumah sana.

Mujur mak tiri aku memang pandai buat kerja2 macam ni. Tapi sian gak kat dia. Sebab dia sorang je. Takde anak pon. Macam kami ramai.

Tapi yang bagusnya mak tiri aku ni, dia tak mengungkit, tak komplen. Dia layan je abah aku. So kadang2 bila aku rasa nak marah kat ayah aku, aku fikir dia. Mungkin aku ni hati busuk, berkira.

Aku pun tak tahu la. Mak aku pun salah gak maybe, sebab dia pun tak pandai nak jaga. Tak macam mak tiri aku. Entahlah.

Aku cuma harap, aku tak dapat laki macam ayah aku. Dalam hati ni rasa nak marah sangat kat dia. Tapi payah la, sebab orang laki ni ego. Taknak cakap dia salah.

Aku harap ayah aku bertaubat dan berubah. Dan layan mak2 aku dengan lebih baik. Aku harap kaum2 lelaki kat luar sana pun kena faham betapa susahnya kaum perempuan sekarang ni. Dilayan macam ni.

Bukan senang untuk mak aku ni nak poligami. Lagi pulak bila ayah guna alasan yang isteri dia tak cukup bagus. Walaupun banyak kurang, tapi mak aku ni kira kuat la sebab cuba sabar dengan ujian dia. Semoga mak aku terus kuat. (Kalau korang tanya kenapa tak cerai, diorang pernah and sebab kami jugak diorang rujuk balik.)

Aku sendiri pun pening. Bila mak aku buat perangai, aku kadang rasa nak marah. Tapi aku paham bukan senang nak ada kat tempat dia. So aku cuba sabar. Ayah aku ni pun satu. Sampai bila lah dia nak tak sedar diri camni. Suruh sembahyang jemaah kat masjid pun susah pastu pandai nak syarah tentang tanggungjawab wanita. Kadang2 rasa nak pelangkung dua2. Buat sakit jiwa layan kerenah dua2. Hemmm..

Tapi sekurang2nya daripada perkara2 macam ni buat aku reflect dan belajar banyak menda. InsyaAllah.

Tujuan aku tulis ni bukan nak suruh korang hentam aku atau ayah aku atau mak aku atau sesiapa je, aku cuma harap sekurang2nya ada orang boleh reflect dengan apa yang aku tulis ni. Kahwin ni kerja sama2 bukan kerja sorang2. belajar2 lah ada common sense, bertanggungjawab dan buat baik kat orang lain. Dengan memberi, kita akan dapat lebih. InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Write ulasan