Isnin, 25 Julai 2016

Anak Kucing Di Simen Hidup-Hidup

Kenapa Aku Perlu Laluinya????

Kucing ini telah disimen hidup-hidup oleh manusia yang keras hatinya didalam paip PVC. Hampir ¾ badan kucing malang ini dipenuhi dengan simen dan hanya mampu mengiau dengan keadaan simen yang semakin mengeras di tubuhnya.. Tidak dapat bergerak langsung, tidak dapat bernafas dengan sempurna…hanya rayuan pilu dan tangisan sayu.



Dengan suara sayup itu, ia disedari oleh “seseorang” dan dia cuba sedaya upaya menyelamatkannya. Keliling paip PVC berkenaan di cangkul sehingga ditemukan penghujungnya. Dipecahkan PVC berkenaan dan anak kucing itu masih lagi terlekat simen yang hampir mengeras sepenuhnya, dengan perlahan dan berhati-hati, simen itu dibelah, dikerat sehingga tubuh anak kucing malang itu terlepas dari cengkaman padu simen berkenaan.

Tercungap-cungap, berjijiran air mata, sungguh pun ianya telah terlepas daripada simen itu, 2 hari kemudian, ianya telah menghembuskan nafasnya. Apakah salahnya? Apakah dosanya? Ingatlah bahawa mereka juga “berdoa” dan hanya pencipta-Nya sahaja yang mengetahuinya.

p/s: Kejadian lama ini pernah di sebarkan dilaman sosial. Kalau sanggup.. bolehlah tengok sendiri video dibawah ini.. admin TAK sampai hati rasanya nak teruskan menonton.. Sekiranya si kucing malang ini dianiaya oleh manusia hanya kerana sakit hati sesama manusia dan melibatkan si kucing yang tidak mengerti ini maka ia telah bertindak kejam dan keji. Apa jua yang sebenarnya berlaku, ia adalah panduan buat kita. Jangan kita lupa bahawa kita juga adalah “penumpang” seperti mahkluk-mahkluk lain. Siapakah “dia” untuk menghukum si kecil ini ????

Tiada ulasan:
Write ulasan