Isnin, 11 Julai 2016

Alif Satar Dedah Isteri Hamil Anak Kedua

Disebalik kemeriahan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tahniah diucapkan kepada Alif Sataryang bakal menimang cahaya mata kedua mereka. Berita gembira itu telah disampaikan oleh Alif sendiri di laman sosial Instagram beliau berserta kepsyen yang begitu romantis disamping memuat naik gambar dirinya bersama anak perempuan pertamanya, Alisha.

Didalam posting yang dimuat naik itu, beliau turut memohon doa dari semua peminatnya supaya segala perancangan dan urusan dalam menantikan kehadiran bayi kedua mereka akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Pada masa yang sama beliau turut berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan rezeki mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata ramai yang meluahkan rasa gembira dengan berita yang disampaikan. Ramai juga yang tidak sabar menantikan wajah isteri Aliff ketika mengandung yang pastinya akan bertambah berseri. Malah, akaun sosial pelakon Dia Semanis Honey itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada semua peminat.
Screen Shot 2016-07-10 at 5.34.21 PM
Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Alif Satar dan isteri yang bakal menimanga cahya mata kedua mereka nanti selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Semoga Alif dan isteri akan diberikan kesihatan yang baik semasa hamil dan diharap segala perancangan serta urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Tiada ulasan:
Write ulasan