Selasa, 19 Julai 2016

Akhirnya Saya Wakafkan Seluruh Perniagaan – Kisah ‘Jurugambar Jutawan’ Yang Akhirnya Sedar Kekayaan…


Hari ini kita sering kali disajikan dengan cerita-cerita kejayaan mereka yang menguruskan perniagaan sehingga bergelar jutawan. Kita yang membaca ini pun bersemangat sama untuk bergelar jutawan, iyalah siapa je yang tak nak kaya?
Namun bukan semudah itu. Ada baik buruknya seperti yang diceritakan oleh Saiful Nang ini. Agak panjang sikit perkongsian beliau ini tapi percayalah ianya berbaloi untuk korang baca dan hadam! 

Jutawan sebenar bukan pada angka

PENYAKIT GELARAN JUTAWAN (KISAH BENOR KENA BACA)
Dulu saya pun senang bila orang gelarkan saya dengan gelaran-gelaran jutawan. Seronok bila suratkhabar menulis dengan headlines “Jurugambar Jutawan” bagai.
Semakin meningkat umur, semakin matang berfikir, semakin itu saya nampak apa yang saya suka dahulu mungkin tidak saya sukai hari ini. Masa kecil dulu suka makan Ding Dang, Robo atau Cikedis. Semakin tua kita tahu itu semua nonsense. Sama juga dulu seronok orang gelar kita dengan gelaran berstatus sosial begitu walaupun saya sendiri tidak pernah gelarkan diri sendiri jutawan kerana tahu jutawan sebenar bukannya pada angka tetapi pada accomplishment mereka.
Jika pada nombor, yang di Indonesia itu mahu dipanggil apa? Yang rasa dah ada 1 juta dalam akaun dipanggil jutawan nanti bila ditukar ke Pound Sterling jadi jutawan lagi ke? Maka itu semua satu status sosial kepada orang yang dilihat accomplish sesuatu kejayaan dalam hidup melalui ukuran kewangan.
Pakar-pakar pemasaran Perniagaan, motivator perniagaan juga banyak gunakan cerita-cerita tentang kejayaan anak muridnya menjana juta sana dan sini dah kerana itu yang orang minat nak dengar. Tidak salah, cuma di sebalik juta itu dan juta ini bukanlah cerita gembira pun.
Berapa ramai terinspirasi kerana Si Polan sana buat jualan Sejuta sebulan. Si Polin pula jana RM3 Juta seminggu dan macam-macam lagi inspirasi kekayaan.
Agak-agak kalau Azizan Osman promosikan seminarnya dengan menceritakan apa yang diperlukan untuk menjana jutaan jualan itu agak-agak seminar beliau hanya dihadiri oleh 15 orang sahaja rasanya. Yang lain dah lari siap-siap. Tapi bagus dia buat begitu jadi ramai orang datang dengar….dah datang tu baru tahu senang atau susahnya. Itulah mentaliti masyarakat masih mentaliti Skim Cepat Kaya. Boleh bayangkan kalau iklan Azizan Osman berbunyi
“Ayuh jana jutaan ringgit sebulan dengan bekerja hanya 20 jam sehari dengan penuh komitmen kepada jualan dan pemasaran secara guerella setiap minggu. Penjenamaan dengan belanja sehingga ratusan ribu RM sebulan sehingga kawan baik menjadi renggang hubungan dengan kita sehingga mengumpul haters dan terpaksa melayan ibu dan bapa yang berkecil hati kerana setelah perniagaan dipacu, kurang masa untuk balik kampung seperti sebelumnya”.
Agak-agaklah? Berapa orang yang minat? Motivator perniagaan sehebat beliaupun tak ramai orang nak attend jika truth itu di letak di muka depan berbanding inspirasi. Kalau beliau punya company bernama PoorAlsoCanRichWorks agak-agak ada ke orang nak join? Kalau DAO datang seminar pakai kereta Kelisa, agaknya ada tak orang berpusu-pusu kejar seminar beliau walaupun ilmu dalam dada tak boleh nak ditunjuk (Saya tak pernah join seminar DAO tapi saya lihat resultnya…saya rasa beliau sifu yang sangat hebat untuk menuntut ilmu. Belajarlah dengan dia walaupun dia datang seminar hall naik Kelisa)

Status sosial

Tapi itu dah jadi mentaliti MLM. Leader mesti pakai kereta besor (hutang pun takpe) janji besar dan mampu memberi inspirasi kepada orang untuk ikut. Kenyataan selalunya tidak semanis cerita Walt Disney.
Kekayaan bukan fairy tales tetapi kecukupan kita. Dulu semasa orang gelar saya jutawan (sekarang pun ada lagi cuma dah kurang) ketika itu mula saya rasa status sosial kena jaga. Kita diperhatikan orang sehingga jenama seluar semua pun orang ambil kira. Saya pakai sandal Amporlo beli dari Tesco harga RM14.90 pun orang ingat itu jenama Italy harga ratus-ratus. Kalau sengkek, pakai Breitling original harga RM70k pun orang ingat Petaling Street. Masa tu jugalah salesman-salesman jual pingat datukship datang himpit dari datuk dari Sulu, Mindanau, Indonesia dan yang ada negeri-negeri di Malaysia pun himpit untuk pasangkan kita dengan pangkal nama Datuk sebelum menjadi Atuk (satupun tak ambik kecuali nak bagi free). Main golf pun dah kena upgrade semua mesti pakai Callaway. Golf Club setakat jenama cap Siam semua kena trade-in dalam Mudah lah.
Tak pandai main golf pun siap ambil personal trainer belajar sampai jadi pandai. Yang penting boleh deal atas padang golf walaupun stroke selalu OB, Kolam ataupun 4 ela jer pergi (rumput yang sampai 300 ela melayang).
Bila orang gelar jutawan, komitmen jadi banyak. Nak downgrade kereta dari brand new BMW ke 2nd hand Mercedes pun kena tahan hati kerana ada haters akan cakap yang kita dah nak melingkup.
Kerja kena jadi lagi kuat kerana ketika itu motivasi dalam diri ialah “SUPAYA TIDAK HILANG APA YANG KITA SEDANG SANDANG HARI INI” kerana itu akan memalukan kita dan menjadi sindiran orang-orang yang tidak suka dengan kita.
Jadilah saya ketika itu memasuki fasa kerja dengan berkerut dahi dan penuh tension kerana sentiasa memikirkan status sosial yang sudah tinggi supaya jangan terpelecok. Kerja pun dah berkiblatkan apa orang lain pandang dan bukan apa yang mahu kita buat.
SEMAK!!
SEMAK JADI TAMAK!!

Bekerja tanpa gaji

Akhirnya, semasa saya wakafkan seluruh perniagaan dan hasil-hasilnya kepada RPWP dan bekerja tanpa ambil gaji. Nak pakai kereta mewah kita kena buka used car kereta supaya dapat pakai kereta untuk warm up sana sini sambil jual. Tiada pembaziran, tiada Lagi kerja kerana persepsi orang. Tiada lagi kerja kerana nak beli banglo tepi laut, tiada lagi kerja untuk upgrade BMW menjadi Bentley. Semua tu habissss….
Hati jadi tenang, kerja jadi senang. Rupanya selama ini saya bekerja untuk jadi hamba persepsi orang. Saya kerja supaya boleh maintain gelaran jutawan. Saya kerja kerana tidak mahu hilang BMW di tangan supaya tak malu nak tayang ke orang kampung atau kawan satu sekolah yang kita dah punya banyak harta. Saya kerja supaya isteri dan anak-anak boleh melancong tempat mahal-mahal Dan makan di restoran yang mahal-mahal.
Itu sebab, bila sekali sekala makan di restoran mahal siap ambil gambar bagai post dalam IG dan FB siap seru orang lain share dengan caption “Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri…simpati untuk mereka di Gaza” (sambil dalam gambar tu buat-buat ternampak menu restoran Victoria Station). Kenapa masa makan tepi jalan tak pula nak selfie? Ok…saya tak sampai peringkat ini, tapi saya bayangkan ada yang buat begini. Saya cuma peringkat bercuti setahun sekali dengan keluarga tapi update dalam fb banyak kali sampai orang lost kita pergi sekali ke atau banyak-banyak kali. Itu jer…tapi masih tetap Poyo.
Hari ini, hati jadi senang dan tenang. Buat kerja untuk fikirkan masa hadapan anak-anak sendiri dan anak-anak Prihatin yang dijaga. Berniaga bukan untuk untung juta-juta tetapi untuk mendidik anak-anak Warga Prihatin dan melakukan perniagaan yang kita betul-betul minat dan suka. Juta-juta tu semua datang sendiri selepas tu.
Ajaibnya, bukan buat untuk persepsi orangpun perniagaan semakin baik juga. Tak ada kerut dahipun. Orang berniaga pakaian muslimah siap buat body cutting supaya bila dijual berebut orang nak tayang body akan serbu. Kita punya baju siap macam kelambu bila buat opening orang datang juga cuma tidak menyerbu…tapi hujungnya kita puas hati. Soal untung rugi tolak nombor 2. Yang penting kita ajar anak-anak kita berniaga perlu ada matlamat dan tidak melanggar prinsip diri.
Zaman sekarang pun, orang tahu dadah tu juga satu business cuma dadah itu business yang haram. Tapi orang tahu juga jual pakaian luar kononnya jubah tapi bila pakai macam ikan duyung itu juga haram tetapi orang buat juga. Bezanya, jual dadah kena tangkap…tayang dada…orang yang nak tangkap pun tengok sama. Saya berbaik sangka sebenarnya, memang butik dah keluarkan yang longgar tapi pembeli saiz XXXL ni yang tak sedar diri beli jubah saiz S. Kan dah sendat.
Jika hari ini orang kurang gelar saya jutawan juga saya seronok. Haters yang nak ejek boleh silakan ejek. Tak perlu saya nak tunjuk statement akaun untuk setiap syarikat-syarikat yang kita kendalikan. Tak ada faedah pun nak buktikan kita ni kaya atau sengkek depan haters kerana semasa kita susah bukan mereka pun yang tolong bayar bill Maxis, Unifi, bil Indah Water kita semua. Kita juga.
So…why bother?
THey can go to hell, we want to go to heaven.

Tak boleh tipu diri sendiri

Sekarang mungkin dah jelas kan? Kenapa Bill Gates, Warren Buffet, Tony Fernandes, Azman Hashim, Richard Branson semua tak guna id instagram “TonyBillionaire” ataupun “BillGatesYangKaya” atau “RICH Branson” atau “AzmanRich”?
Kerana mereka menjadi billionaire kerana mereka lakukan semuanya bukan untuk buktikan pada orang lain mereka lebih hebat tetapi mereka lakukannya untuk kepuasan diri sendiri…untuk satu accomplishment.
Tukar kiblat hari ini. Kita boleh tipu orang tapi tak mungkin berjaya tipu diri sendiri. Jika hari ini kita bekerja keras untuk buktikan kita hebat sebenarnya itu jerat untuk kerja yang tension. Tak lama lagi kena stroke kerana tension terlebih. Jika mahu berniaga, set wawasan. Contohnya jika nak jual produk muslimah…set misi untuk berdakwah cara memakai pakaian dengan betul barulah sales sehari RM2-3k pun dah syukur sampai ke langit walaupun tak dapat nak cerita di atas hot seat yang dia jana income sebulan 2-3 juta. Tapi istiqomah nanti juta-juta tu datang juga dan masa tu naik hot seat pun puas hati.
Kaya ini bila kita rasa apa yang kita ada mencukupi diri dan mencukupi yang lain. Kalau income sebulan sejuta tapi masih rasa tak cukup-cukup untuk diri sendiri (belum untuk orang lain lagi) itu bermakna nafsu harimau. Bukan masalah pada bisnes tapi masalah pada diri sendiri.
Kalau kononnya untuk mewujudkan konfiden kepada pelanggan, saya rasa silap besar juga kepada pemberi kontrak untuk anggap orang yang datang dengan kereta mewah itu lebih kaya berbanding yang bawa kereta Proton Preve. Tak percaya cuba check rekod pembayaran PTPTN mereka ataupun hutang kereta mereka…itu baru logik kalau nak wujudkan konfiden. Biar konfiden itu datang dari track record mereka bukan dari kereta.
Yang masih hangat dengan gelaran jutawan, teruskanlah. Bukan salahpun dan kebanyakannya gelaran tu orang lain yang gelar bukan diri sendiri (walaupun dalam FB mereka siap tulis nama “Kassim Jutawan Emas”).
Rileks jer dah lah…kita tahu kita kaya ke tidak. Nak buat apa kecoh pada orang lain?
Semasa sekumpulan student dari UIA interview saya tentang perniagaan saya, ada soalan mereka tentang gaji saya mengendalikan syarikat-syarikat yang pelbagai ini dan saya jawabnya saya tidak bergaji. Lalu beliau bertanya, apakah motivasi saya untuk bekerja sehingga tidak dibayar gaji?
Saya jawab “Gaji saya terlalu mahal untuk dibayar dengan wang”. Dan beliau seraya menjawab “Saya dah jumpa salah seorang manusia terkaya di dunia…kerana hartanya tidak sampai ke hati langsung”. (Statement ni mesti ada orang pertikaikan nanti..tapi pada aku…sukahati lah nak cakap apa, bukan kau yang bayar bill Indah Water aku).
Untuk belajar dari orang, ambil kebaikannya.
Untuk perbaiki diri, kaji keburukannya.
Dalam cerita ini, saya ceritakan yang buruk tentang saya…juga yang saya sudah perbaiki. Fair kan? Tak poyo kan?
Sekian
SAHIBUSSAMAHAH ALFADIL Y.BHG DATUK DR. HAJI SAIFUL NANG AL-KAJANGI
Agaknya Malaikat panggil yang bahagian mana satu dalam nama di atas?
Sumber : Saiful Nang

Tiada ulasan:
Write ulasan