Isnin, 18 Julai 2016

Ajak Isteri Bicara Tentang Neraka, Pengalaman Lelaki Ini Uruskan Kematian Buat Kita Muhasabah Diri

Sebagai Muslim, kita memang digesa supaya bekerja seolah-olah akan hidup selamanya dan beribadah seakan-akan akan mati pada esok hari. Ayat tersebut menunjukkan kepentingan untuk sentiasa berusaha mengimbangkan antara  fardhu kifayah dan fardhu ain, kerana sesungguhnya bekerja itu juga merupakan suatu ibadah.

Kisahnya, lelaki ini mengajak isterinya berbicara tentang topik kematian, lebih spesifik lagi tentang ‘neraka’. Berkecimpung dalam bidang perubatan membolehkannya melihat saat-saat seorang Muslim di ambang kematian. Ayuh baca perkongsian beliau ini, memang boleh buat kita berfikir dan menimbulkan keinsafan!

Perempuan Perlukan Pelindung!


Bila abang cakap pasal neraka kat Sayang
Saya dengan isteri sebenarnya bukan jenis serius sangat. Kalau bergurau tu mesti melawak. Mostly cerita pasal anak kami la, Maryam Soolihah.
Anak kami ni baru umur 2 tahun 1 bulan. Isteri saya nak suruh anak kami ni nanti jadi doktor macam dia jugak. Saya tak bagi. Saya cakap siapa nak teman dia pergi luar negara nanti kan. Saya taknak bahas kat sini masalah hukum bila biarkan anak pergi sorang-sorang luar negara tanpa mahram.
Cuma saya fikir logik je. Perempuan ni hati penuh bunga kan. Bunga pula jenis bunga bunga segar. Bunga yg warna warni dan penuh madu. Sensitif tapi dicipta untuk membahagiakan seekor kumbang. Malangnya kumbang ni ada yang jenis jahanam. Jenis yang suka sedut madu di taman hati yang suci tu. Dah habis sedut sepah dibuang!
Sebenarnya kat sini sy nak bagitahu perempuan ni perlukan pelindung. Perempuan perlukan tempat utk dia bersandar dan berharap. Bila mahram jauh, hatinya jadi kosong. Waktu hati kosong tu la perempuan ni senang nak terpesong. Bila ada lelaki yang menawarkan diri nak isi kekosongan tu mula la dia rasa kekosongan di hati tu kembali terisi. Kat sini la banyak berlaku benda-benda tak elok bila si lelaki mula cuba memanipulasi situasi.


Bincang Pasal Neraka Dengan Isteri…

Alhamdulillah isteri memahami pendirian saya. Saya pesan kat dia kalau nak anak pergi belajar luar negeri boleh tapi pastikan dia kahwin dulu atau kita kena ikut dia sekali ke sana. Ada sebab kenapa saya berpendirian camni sebenarnya. Saya berpendirian camni sebab saya tahu saya bukan orang baik. Jadi untuk mengurangkan risiko masuk neraka akibat kekurangan pahala, jadi saya sangat-sangat jaga ahli keluarga saya daripada buat benda-benda yang boleh tarik saya masuk neraka.
Saya pernah bincang dengan isteri saya pasal neraka ni. Kan kita pernah dengar orang kafir ni nanti memang takde peluang dah nak masuk syurga dan akan kekal di neraka selama lamanya. Saya cakap la kat isteri sebenarnya kita pun ada kemungkinan nak masuk neraka selama lamanya.
Isteri saya jadi pelik kenapa kita yg dah semulajadi Muslim ni pun ada kemungkinan lagi nak masuk neraka. Saya pun cerita la apa yang saya dengar daripada Ustaz Adam bin Said yang selalu mengajar kat Masjid Darul Iman kat Besut tempat saya dan adik beradik selalu dengar ceramah agama tiap malam isnin lepas solat maghrib.
Ustaz ni selalu pesan katanya sebenarnya mati kita ni mati yg tak selamat bila benda no 1 dalam hati kita ni bukan Allah. Dugaan paling dasyat sebenarnya datang masa kita tengah nazak nak meninggal nanti. Boleh jadi kita hidup ni sebagai orang Islam tapi bila nak nazak nanti tiba-tiba murtad. Tak mustahil langsung sebab masa nazak tu la hasutan syaitan adalah pada tahap paling maksimum!

Susah Nak Ucap Dua Kalimah Syahadah Secara Lisan Sebelum Meninggal!

Saya ada rahsia nak bagitahu semua. Selama saya handle berpuluh puluh kematian selama 6 tahun menjadi pelajar perubatan dari tahun 2009 sampai la tahun 2015 di Universitas Hasanuddin, Makassar yang mana populasi orang Islam di sana mencapai 90% saya tak pernah dapat saksikan sendiri orang yg boleh mengucap dua kalimah syahadah secara lisan sebelum meninggal. Saya berbaik sangka mungkin ada yg mengucap di dalam hati. Kita tak tahu kan. Cuma keajaiban kalimah Lailaha Illallah ni adalah kita boleh sebut tanpa membuka mulut. Kalau tak percaya korang boleh cuba sebut sendiri tanpa membuka mulut.Tambahan lagi lidah kita dilindungi oleh struktur tulang maxillofacial yang sangat kukuh in case kalau kita terlibat dalam kemalangan teruk kan. Ini sebenarnya hadiah daripada Allah untuk kita semua. Baik kan Allah?
Saya sambung lagi tanya isteri boleh tak dia bayangkan camne tu selama lamanya. Dia diam je. Saya pun bagi la dia satu perumpamaan. Saya dapat ilmu ni masa saya belajar kat Indonesia dulu. Kebetulan masa tu ada jemaah tabligh singgah kat masjid tempat saya nak solat maghrib. Alang-alang nak tunggu isyak saya dengar la ceramah seorang pakcik berjanggut ni.
Masa tu hati tengah keras. Dosa berbukit bukau dah. Tu yang hati gelap takde cahaya tu. Nak khusyuk solat apatah lagi. Biasa angkat takbir sedar-sedar dah tahiyyat. Tu tanda hati keras la tu sebenarnya. Pakcik janggut tu cerita pasal neraka sebenarnya. Saya dah lupa detail yg lain tapi yang saya ingat sampai sekarang adalah bila dia cerita apakah maksud ‘selama-lamanya’.
Dalam neraka nanti akan ada golongan tertentu yg akan berada di dalam neraka selama lamanya. Dia bagitahu selama lamanya tu camni. Dia suruh kami jemaah masjid semua bayangkan keluasan planet bernama bumi tempat kita tinggal sekarang. Seperti mana yang kita tahu luas permukaan ( surface area ) daratan Bumi adalah bersamaan dengan 149 juta kilometer persegi dan luas permukaan ( surface area ) lautan pula bersamaan dengan 361 juta kilometer persegi.
Pakcik janggut tu suruh kami bayangkan kami tabur kat setiap inci luas permukaan bumi ni dengan biji jagung. Saya termenung panjang juga supaya imaginasi saya sampai dengan apa yang dia suruh kami bayangkan. Lepas tu dia minta kami bayangkan setiap 100 tahun, ada seekor burung datang ke bumi dan makan sebiji jagung tu. Selepas makan jagung tu burung tu berlalu pergi dan akan makan kembali biji jagung kedua selepas seratus tahun lagi. Perumpamaan selama lamanya adalah tempoh masa yg burung tu ambil utk habiskan kesemua biji jagung yang memenuhi setiap permukaan bumi ni!
Bila saya cerita benda ni kat isteri saya nampak dia terdiam. Kami berdua akhirnya bisu. Masing-masing hanyut dengan keresahan masing-masing. Keresahan nak melalui alam selepas kematian.
P/ s : Saya Taufiq Razif bukan ustaz ye. Jadi saya minta tolong sangat kawan-kawan Ustaz betulkan jika ada maklumat di dalam penulisan saya yg menyalahi Hadis atau Al- Quran. Mengikut kefahaman yg saya ada , insyaAllah takde. Mohon sebarkan pada ahli keluarga yg kita nak hidup bersama mereka sampai ke syurga.
Sumber: Taufiq Razif

Tiada ulasan:
Write ulasan