Selasa, 19 Julai 2016

Adik Aku Memang Layak Duduk Neraka - Kak Ngah

Salam semua..disamping aku nak meluahkan kegeraman dihati aku mohon jugak beri pandangan dan jalan penyelesaian utk masalah aku.More tu masalah mak aku..tq admin

2 tahun sudah adik lelaki aku no 5 konon2 nak belikan kereta untuk mak aku.aku bagi nama dia samdol la senang.sbb si samdol ni belum cukup umur,so dia nak gunakan nama mak aku untuk beli kereta baru.x silap aku dia baru 18 @ 19 thun.konon2 kata utk mak.Sebelum tu aku dah ingatkan kat mak,mak yakin ke dengan dia?.Betul2 ke belikan untuk mak? sebab aku kenal sangat adik aku tu memang kaki auta,lidah bercabang,talam dua muka,anak durhaka,segala2 nya lah senang cerita..aku memang x pernah ngam ngan dia..Aku ada 9 siblings dia la yg paling menakitkan hati..Aku anak kedua umur 20an…yg sulung abg,tapi satu fungsi pon x de utk fmly..langsung x pernah kisah hal fmly..syg bini je..Aku kesian sangat kat mak sbb aku x yakin..mak punya la excited sbb masatu mak guna kereta viva tu pon adik perempuan aku no 3 bagi guna..

Dah dapat kereta,siap buat kenduri doa selamat utk kereta baru,padahal saga flx je pon(tangan dibahu mata keatas)..baru berapa hari mak aku guna dah dia conquer kereta sorg2..bila mak nak guna macam2 alasan bagi..maka berbaliklah mak aku guna viva balik..mak x boleh nak buat ape la sbb bulanan samdol yg bayar..

sampai aku pernah bergaduh ngn samdol sebab aku x puas hati dia tipu mak,sampai mak menangis2 sbb kecik hati ngn samdol..mak jenis x suka anak2 dia bergaduh.biar dia sakit asalkan kami x bergaduh..selalu kot jadi cmtu,tau2 aku tengok mata mak merah,hati aku sakit..sebab tu awal2 aku cakap dia anak derhaka..

kalau ikutkan macam2 lagi lah dia penah buat kat mak.memang layak masuk neraka dah,tapi mak aku hati lembut.jahat cmne pon anak dia tetap berbaik semula.samdol ni jenis dia kalau org tua nasihat dia suka olok2 kan..perli2 balik.kalau org marah dia lagi dia gelak2 kan.sapa x sakit hati?.dia lah salah 1 punca mak aku bercerai ngan arwah abah tiri.bab tu malas nak cerita panjang sngt.actually mak aku skrg ibu tunggal..



x lama dapat kereta rupa2 nya dia nak kawin pulak..padahal baru belasan tahun.awek dia pon muda setahun je dari dia..18 tahun masa tu.awek dia tgkatan 6..ha masa tu la terjawab kenapa dia beria2 sangat nak kereta smpai sanggup tipu mak..mak aku tau agama,terpaksa jugak bagi kawin dah anak nak.takut jadi benda lain..mak dah merayu kt samdol dah pikir masak2 ke?tapi samdol tu kan degil.apa dia heran..

Skrg dah setahun lebih samdol kawin dah ada anak sorg umur 7 bulan..Alhamdulillah la adik ipar aku tu baik..rajin solat.rupa dia cantik tu x la tapi seri tu ade la..macam langit ngn bumi ngn si samdol tu..sembahyang pon x..baru2 ni dapat tau plak yg samdol curang..Dalam hati aku,dah agak dah..sbb aku kenal dia.sebelum kawin pon bertukar2 makwe.

Aku cuma doakan dia tu supaya berubah dan sedar kesilapan dia..Supaya dia cepat matang dan x menyakitkan hati org..

Ni aku nak cerita bab kereta saga tu pulak..serius aku nyampah tengok kereta tu.apatah lagi tuan dia..sanggup dia habis beribu ringgit sbb nak modified macam2 kereta tu..dah x rupa saga dah..dia makeup rupa mitsubishi lancer.menyampah siot..laki aku gelak je tengok..pelekat sana sini..bila mak minta duit bukan main kedekut..belanja utk bini pon x nampak ape.rumah pon x de menumpang sana sini..kereta tu bnyak kali excident,aku cakap kat mak lantakkan.x berkat memang cmtu..

baru2 ni aku saja nak cek saman kereta tu through sms..bapak sampai 3 ribu lebih.kalau kereta tu nama dia aku x kesah.masalah sekarang atas nama mak.Ya Allah aku x tau nak cakap apa dah..Semua tu atas nama mak.Aku rasa nak maki2 je dia tapi sejak gaduh ngn dia awal tahun haritu,aku malas nak gaduh dah.sbb nak jaga hati mak..mak aku pon dah bnyak menderita,bnyak masalah.x nak serabut kan dia dgn masalah anak2 gaduh..aku suh mak cakap kan sendiri kat si samdol bebal tu..dah la x de lesen..semua saman atas sebab memandu laju..sebab kereta tu bukan nama dia sbb tu la dia x kesah saman belambak cmtu..

Baru je semalam aku terpaksa bawak kereta dia utk hantar adik aku balik asrama,malam tu aku kena tahan jpj..kena saman lagi sbb si samdol pasang lampu putih kelip2 tu,ngan langsir..adoi,pening lagi kepala aku sebab nama mak yg kena..aku bawak pon element tayar cam dah teruk je.asik la nak ke kiri stering tu..kereta makeup beribu tapi bila drive macam hape je

So aku nak tanya sapa2 yg arif bab pemilikan kereta ni,boleh x nak tukar nama kereta tu..?kereta tu masih dalam hutang..rasanya adik aku tu tahun ni 20 @ 21 kot..entah la aku x ngam ngn dia umur dia pon aku x sure..kalo ada bnyak saman cmtu boleh ke nak tukar nama?boleh bagitau sekali berapa kos dia?

Terima kasih sudi baca luahan kegeraman aku.hope sesiapa dpt selesaikan masalah nama kereta tu..tq.adios..wassalam

– Kakak Ngah

Tiada ulasan:
Write ulasan