Selasa, 26 Julai 2016

Adi Putra Umum Mahu Tinggalkan Dunia Hiburan

Beberapa kali dihimpit kontroversi yang cukup hangat, pelakon Adi Putra mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada industri hiburan tetapi masih kekal aktif didalam industri perfileman tempatan.



Adi seboleh-bolehnya akan memastikan dirinya tidak lagi dikaitkan dengan sebarang gosip dan mahu fokus pada kerjayanya di layar perak nanti.
Saya akan keluar daripada industri hiburan tetapi saya tetap kekal dalam industri perfileman. Saya ada perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya dalam dunia perfileman.
Berbicara mengenai perkahwinannya itu, Adi pada masa yang sama memberitahu beliau merencana untuk mengadakan sebuah majlis resepsi jika tiada aral melintang.

Majlis resepsi, kalau diizinkan Allah, saya akan buat. Tapi itu hanyalah perancangan. Bagi saya, resepsi hanyalah sekadar adat dan budaya, apa yang penting sekarang, saya mahu laksanakan tanggungjawab dan kewajiban saya sebagai ketua keluarga.
Apabila ditanya bagaimana kehidupan beliau selepas berkahwin dua, Adi berkata tidak banyak yang beliau boleh kongsikan kerana masih lagi baru menjalani kehidupan berpoligami. Walaubagaimanapun,  beliau dan isteri-isterinya tidak mempunyai sebarang masalah dan bahagia bersama.

Tiada ulasan:
Write ulasan