Selasa, 19 Julai 2016

Adi Putra Pujuk Isteri Pertama, Bawa Bercuti Selepas Kantoi Bermadu

Selepas membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminat, kini muncul pula sekeping gambar bahagia Adi Putra dan isteri pertamanya Aida Yusof yang dimuat naik menerusi Instagram masing-masing semalam. Tindakan Adi itu terus menjadi tanda tanya apabila beliau sendiri juga pada ketika ini terus berdiam diri mengenai kontroversi pernikahannya.

Gambar yang dimuat naik semalam tidak disertakan dengan kepsyen manis, hanya sekadar meletakkan emotikon berbentuk senyuman. Pada masa yang sama, ruangan komen juga dibanjiri dengan peminat beliau yang rata-rata mendokankan kebahagiaan rumah tangga mereka walaupun masih ada juga yang berang dengan tindakan Adi menipu isteri pertamanya.



Manakala memetik laporan Utusan Online pula, difahamkan oleh sumber terdekat, pasangan suami isteri Adi dan Aida dikhabarkan kini sedang bercuti diluar negara hujung minggu ini namun lokasinya tidak dapat dipastikan. Dikhabarkan percutian itu merupakan satu usaha menenangkan serta memujuk hati isteri pertamanya itu yang baru sahaja menerima madu.

Sebelum ini, beberapa hari lalu cerita mengenai perkahwinan pelakon itu kecoh diperkatakan apabila gambar Adi berada pada majlis perkahwinan mula tersebar. Pelakon berkenaan dikatakan telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu yang juga merupakan rakan kongsi kepada Adi sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya

Tiada ulasan:
Write ulasan