Isnin, 25 Julai 2016

Adi Putra Mengaku Kahwin Dua, Buat Sidang Media Hari Ini

PELAKON Adi Putra yang namanya menjadi hangat baru-baru ini gara-gara berkahwin dua secara senyap-senyap, tampil menerusi program Melodi bagi menjelaskan kontroversi yang terkait dengan dirinya.
Menerusi program itu, Adi Putra mengakui dia telah berkahwin dua sekaligus menjawab segala persoalan yang timbul sejak tersebar gambar perkahwinan di sebuah portal hiburan minggu lalu.

“Memang ya, saya bernikah, bererti dua isteri (berkahwin dua). Terjawablah segala andaian dan persoalan.
“Di sini saya ingin jelaskan apa yang disebarkan adalah benar. Aida tahu tugas dia sebagai seorang isteri, tidak membuka aib suami, dia menunggu penjelasan daripada saya,” akuinya
Aktor berusia 35 tahun itu juga bakal mengadakan satu sesi sidang media di Kuala Lumpur esok bagi menjawab segala pertanyaan pihak media berhubung perkahwinan keduanya.
Ketika ditanya mengenai adakah dia sudah bersedia dengan segala soalan yang bakal diutarakan, Adi menjawab, “Saya akan bersedia dengan setiap soalan dan saya mempunyai jawapan saya sendiri.”
Adi juga memohon agar orang luar tidak menghukum kedua-dua isteri berhubung perkahwinannya, sebaliknya rela dipersalahkan atas perkara tersebut.
“Janganlah beratkan kepada dua isteri saya, keluarga. Kalau nak hukum salah kepada saya tak mengapa, saya boleh terima kerana sayalah ketua keluarga,” ujarnya lagi.
Adi berkahwin buat kali kedua dengan seorang pegawai Imigresen berusia 33 tahun yang merupakan rakan kongsi perniagaannya sejak setahun lalu.
Majlis perkahwinan dikatakan berlangsung di kediaman pengantin perempuan. 

Tiada ulasan:
Write ulasan