Rabu, 20 Julai 2016

'8 Tahun Dia Cuba, Saya Tak Pernah Respon Sehinggalah...'


8 year chasing me and I never response. Tetapi dia tak give up. Until one night I decide to reply only single 'hai'. That 'hai' from me sebab I was so boring at home that time. After that 'hai', then aku hilang lagi for 3 months. He came back dengan lebih berani. Dia ajak pergi lepak tengok bola. Masa dia ajak itu memang tengah lapar dan bosan di rumah. So I drive myself there. 

Lepas dari lepak itu, dia keep on texting macam kita orang ini dah rapat. So I blocked him. Hahaha! Kena reject lagi, siannya awak husband. Oh lupa, reason getting closer sebab pernah patah jari. He saved me time tu. Tak tahu nak call siapa, I just dialed his number minta tolong. 

Masa call time patah jari itu, dia berada di Terengganu. Wei 2 jam setengah saja dia drive dari Kuala Lumpur terus pergi ke rumah aku. Dia bawa balik ke rumah mak dia. Mak dia memang terkejutlah. Dahlah tak kenal anak siapa yang dia bawa balik, datang pula dengan jari yang patah, demam panas pula. 

"Hello mother in law"

Selepas jari patah itu, kami rapat sikitlah, kawan-kawan. Tetapi tak layan sangat sebab tahu dia simpan perasaan. Selepas itu jadi tak rapat semula. 

Then entah macam mana memang sudah tertulis takdir macam ini. Dia pun call mama, kata nak kahwin. Start dari hari dia call mama itu, he's getting close dengan mama then dia orang decide masuk melamar, tunang dan sebagainya. 

Masa dia melamar itu, masa itu single kena tinggal boyfriend. Dah mak setuju terima lamaran, ex boyfriend datang balik pula. Sebab mak dah terima, tu yang diteruskan. Sampai bertunang. Ini ha gambar nangis tak nak bertunang.


Time itulah banyak sikit dugaan untuk dia. Time itu kerja maki dia saja. Memang teruklah aku melayan dia, macam mak tiri. Banyak kali juga pujuk dia putuskan pertunangan, cancel saja kahwin. Tetapi dia kata dah 8 tahun dia cuba dan dia tak nak pergi macam itu saja.

Jadi, segala urusan kahwin, dia dengan mama saja settlekan. Aku just take part pasal wedding dress saja. Tapi yang best, semua aku nak, semua dia bagi. Tengok mak ayah menangis, tetapi aku relaks saja. Time akad itu memang tak ada nervous ke, apa ke. Rasa nak majlis ini habis cepat sebab nak tidur. 

Masa akad nikah sedang berlangsung, aku tak fokus pun. Fokus lambai pada kawan-kawan di bawah stage. Sah saja akad nikah, aku mamai. 

"Eh? Dah jadi isteri ke?"

Feeling rasa suka itu bila kena buat outdoor photoshoot. Berderau ah darah gambar peluk-peluk, rapat pipi. Berapa kali cobaan posing acah cium.

Sebab time photoshoot itu, tengah merapatkan diri dia bisik di telinga, "hai isteri". Time itu semua rasa malu, rasa berdiri segala bulu, semua rasa ada.


Aku memang tegak macam patung kalau disuruh shoot macam ini dengan dia. Ee! Dahlah kau ni aku pernah maki kaw-kaw dulu. 

Photoshoot itu pun aku cepatkan dengan alasan penat. So, habis saja photoshoot, dia balik ke hotel tempat dia stay dan aku balik ke hotel aku. Memang aku elaklah benda nama first night itu. Sampailah aku kena bawa dia stay di rumah. Dahlah stay di rumah aku, kena share bilik pulak. 


Perasaan start muncul bila dia kejutkan aku untuk solat subuh dari jam 5.15 pagi sampai 6/15 pagi setia di sisi dengan kata-kata sayang untuk kejutkan aku bangun dari tidur.

Wei! Tak ada lagi lelaki yang call aku ke kejut solat subuh dengan kata-kata sayang. Mana tak lembut hati aku bangun subuh walaupun rasa ego itu banyak. Masa ini memang rasa macam sayu terharu. Entah stranger mana jadi imam dalam bilik tidur sendiri. Siap cium pipi selepas solat.

Dia diterima baik dalam keluarga dan kawan-kawan. Rezeki dia. Tak tahulah ada apa pada dia tetapi seem like semua orang suka dia dan menerima dia. Ke dia itu murah senyuman? Entah. 


Buat aku rasa sayang bertambah dengan dia bila dia demam panas on second night. Mula-mula malas nak peduli, tetapi rasa kasihan pula. Teruk dia demam, muntah berkali-kali, mata merah. Kasihan tengok dia time tu. Sudahlah di rumah orang, sebatang kara. Jadi aku jaga dia sampai jam 5 pagi. 

Start dari saat itulah cinta itu milik aku. 

"HA HA HA HA HA!" 

Pergi tepilah cinta limosin. Bagi way cinta kau. 

The way dia bercakap dengan lemah lembut, satu persatu, every part of him no is my fav. 

Dulu tengok muka pun benci, memang tak nak tengok langsung. Sekrang tengok dia pun tak kelip mata. 


Moral of the story, kalau benci, biarlah berpada-pada. Jangan benci sangat. Sekarang, aku juga yang meroyan rindu. And today dia pergi tinggalkan aku seorang-seorang demi mencari 2 supa nasi. So sad. Dulu masa planning aku mati-matian tak nak ikut. 

I cannot brain betapa jahatnya aku pada dia dulu. Macam mana ada manusia penyabar dan baik seperti dia yang boleh membuka pintu hati ini. 

Dulu rasa benci aku dengan dia sehinggakan kalau ada tengok miss called dia dalam phone, aku delete history itu. Dia tak ada buat salah pun, tetapi sentiasa minta maaf. Kenang balik his effort, berderai.. - Areen Adenan

Tiada ulasan:
Write ulasan