6 Sebab Kenapa Susah Sangat Lelaki Nak Dapat Girlfriend!

Selalunya ramai yang tertanya-tanya kenapa la wanita susah sangat nak dapat teman lelaki. Tapi kali ini kami bongkar punca mengapa lelaki susah nak dapat teman wanita.

Mesti ramai lelaki di luar sana yang masih lagi tercari-cari cinta. Lebih memeningkan kepala apabila ramai rakan-rakan yang sama usia sudah berkeluarga. 
Apa punca lelaki susah sangat nak dapat awek?

1. Sikap terlalu memilih

Terlalu memilih sentiasa ada dalam diri lelaki yang membuatkan susah nak dapat jodoh. Terlalu mengikut sangat pilihan hati. Kadang-kadang kriteria yang menjadi pilihan tu tak logik dek akal.

2. Sebab tak ada kereta

Tak semua wanita melihat kepada kebendaan. Tapi, jika dilihat wanita zaman sekarang memang tak pandang jika lelaki itu tidak memiliki sebuah kereta.

3. Pernah dikecewakan

Ini jadi punca utama sebab apa lelaki susah nak dapat kekasih. Pernah dikecewakan membuatkan mereka takut untuk dikecewakan lagi.

4. Asyik kena reject

Disebabkan ego, lelaki yang selalu kena reject akan berfikir banyak kali sebelum nak mengorat wanita. Sampai ke sudah la tak akan ada girlfriend kalau macam ni.

5. Dah jumpa yang berkenan tapi milik orang

“Aku ada suka kat awek ni, tapi dia dah berpunya, takkan la aku nak rampas hak orang pulak.” Kesian kalau dengar statement macam ni!

6. Tak sama taraf

Semuanya sebab ego. Belum cuba belum tahu. “Aku takut nak approach dia sebab tak sama taraf. Dia ada degree, aku pulak sampai SPM je.”

0 comment... add one now