Jumaat, 15 Julai 2016

5 Perkara Yang Selalu Terjadi Bila Masuk Office Lepas Raya!

Seronoknya Raya, rasa macam tak nak masuk office pejabat balik. Kalau boleh sebulan Raya, sebulan tu junak duduk kampung je.
Bila masuk pejabat tapi mood Raya masih tak boleh move on lagi, memang riuh la office.
Benda apa je yang korang selalu buat?

1. Dekat pantry penuh dengan kuih Raya je

Kalau sebelum ni pantry tu kosong je, tak ada benda nak kunyah-kunyah, masa Raya ni la akan penuh dengan kuih Raya berbalang-balang sampai korang sendiri pun tak tahu siapa punya. Walaupun sibuk bekerja, tapi masih terasa suasana Hari Raya tu kan.

2. Pasang lagu Raya sepanjang hari

Kalau dah sebulan beraya, tak sah kalau tak pasang lagu Raya sehari suntuk. Memang akan ada la sorang dua rakan sekerja yang akan menyanyi tanpa henti. Tak dapat balik Raya la kot?

3. Semangat pakai baju Raya lengkap

Jarang tengok abang-abang pakai baju Melayu siap bersamping. Tapi hari ni mesti ramai yang semangat datang pejabat siap pakai baju Raya lengkap. Kalau yang perempuan pulak, manis je berkain songket dan beraya.

4. Wajib buat jamuan Hari Raya

Bila tiba je musim perayaan lebih-lebih lagi Hari Raya, tak sah kalau tak buat jamuan. Dah macam satu kemestian. Masa ni la nak merapatkan silaturahim antara rakan sekerja dan masing-masing bawa juadah dari rumah.

5. Kutip duit raya untuk anak-anak

Ni selalunya untuk mereka yang ada anak-anak kecil. Ada yang sampai bawa anak pergi pejabat semata-mata nak kutip duit raya. Paling tidak pun mesti rakan-rakan office akan hulur duit Raya untuk diberikan kepada anak-anak.

Tiada ulasan:
Write ulasan