Jumaat, 22 Julai 2016

3 Punca Kenapa Isteri Lebih Bermasalah Duduk Rumah Mentua Bebanding Suami

Kenapa ramai perempuan menghadapi masalah duduk di rumah mertua berbanding lelaki? ::
Diambil dari buku '7 Habits of Highly Effective Wife' yang tidak jadi diterbitkan atas dasar takut disaman Stephen R Covey kerana plagiat


1. HABIT #1 PROACTIVE - Separuh daripada perempuan mungkin gagal di sini. Selalu apabila seorang wanita baru berkahwin, kemudian diminta suami utk tinggal bersama mertua, selalu dari semasa ke semasa seorang perempuan bertindakbalas menjadi defensive dan terkadang tidak bersetuju atau marah. Tanpa, PAUSE, berfikir sejenak dan RESPOND dgn matang, dan terkadang terlupa menghormati suami sendiri

2. HABIT #2 BEGIN WITH THE END IN MIND - Benar, kajian menunjukkan wanita lebih 'pendek akal'. menjadikan dia kadang2 tidak melihat objektif utama mengapa dia terpaksa tinggal bersama mertuanya. atau mungkin si suami tidak memberitahunya secara jelas. Sebahagian istri mungkin lebih suka menyewa di luar sedangkan lelaki berfikir lebih baik duit sewa yg dibayar itu dikumpul utk deposit beli rumah sendiri di masa depan

3. HABIT #3 FIRST THINGS FIRST - Islam mengajar, Keutamaan Suami adalah Mentaati Ibu Bapa, manakala Keutamaan Isteri adalah Mentaati Suami. Keutamaan lain semuanya berpaksikan ini. Seorang istri bole jadi dia mengutamakan kebahagiaan keluarganya lalu dia merasakan hidup di rumah dgn keluarga sndiri lbih mudah mencapai kebahagiaan bbanding dgn mak mertua. Dia mungkin terlupa, sekiranya dia memberi kebahagiaan kpd keluarga dan keluarga mertuanya ktika di rumah mertua dia telah membahagiakan si mertua dan si suami. Dlm masa sama dia telah berjaya mentaati suami
Habit 4-7 akan bersambung kerana kata author buku ini, masih dalam penulisan

Nota : Buku ini ditulis untuk membantu menjadi isteri yg lebih baik & juga suami

Tiada ulasan:
Write ulasan