Isnin, 18 Julai 2016

20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya


Nota Editor: Perkongsian tentang 20 kehebatan Presiden Turki ini telah dikongsikan seseorang di laman sosial Facebook yang meminta agar namanya dirahsiakan. Menurut sumber ini, artikel telah sunting dari tulisan asal penulis Indonesia. Kemudian, ia diringkaskan dan dikekalkan data mengikut apa yang beliau yakini. Menurut penulis, beliau juga ada berbincang dengan sahabat-sahabat yang dikenali, cuma beliau tidak membuat kajian yang lebih mendalam. Harapan kami agar perkongsian ini turut memberi inspirasi kepada anda.
Telah lama Presiden ke-12 Turki Recep Tayyip Erdogan dipandang sebelah mata. Untuk mengetahui sebahagian yang dilakukan Erdogan, ianya dikatakan seperti berikut:
1. Produk Domestik Nasional Turki telah meningkat. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar.



2. Turkish Airline meraih anugerah diantara penerbangan yang baik.


3. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan banyak kelas baru yang modern.


4. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropah dan Amerika menaikkan yuran kuliah. Sedangkan Erdogan membebaskan seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.



5. Pendapatan per kapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar pertahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11,000 dollar per tahun dan Erdogan berjaya menaikkan nilai tukaran mata wang Turki.


6. Di Turki, negara sedang mengupayakan dengan bersungguh-sungguh membiayai ribuan ilmuwan bagi melakukan penelitian ilmiah untuk menuju kemajuan.



7. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai, menghentikan pertumpahan darah, dan berbaik kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah lama.



8. Gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah pencari kerja menurun dari 38% menjadi 2%.



9. Di Turki, gaji guru menyamai gaji doktor.
10. Di Turki telah dibangun laboratorium IT dan pangkalan data moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.
11. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung televisyen, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau menghormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki keteladanan dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.
12. Erdogan memberikan tamparan keras kepada Israel, dan beliau memaksa Israel meminta maaf kerana kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki memberikan syarat pencabutan embargo Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.
13. Erdogan berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Shimon Perez dalam pertemuan ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar dari ruangan dan pulang ke Turki: “Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membantai ribuan anak dan wanita di Gaza…”
14. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab saat sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.
15. Erdogan satu-satunya kepala negara bersama istrinya mengunjungi Burma dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.
16. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

17. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.
18. Erdogan lah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia iaitu di pantai Laut Hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan “Bismillahirrahmanirrahim”


19. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Uthmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri
20. Lebih 10 ribu kanak-kanak muslim yang berumur 7 tahun dengan penuh bangga akan memulai kewajiban solat berjemaah dan menghafal Al Quran.
Dan banyak lagi, masya Allah.
Semoga pemimpin negara kami dapat meniru tindakan positif dan baik yang telah dilakukan oleh Erdogan. Ameen.

Tiada ulasan:
Write ulasan