Jumaat, 15 Julai 2016

10 Gambar Yang Tak Perlu Diupload Dalam Media Sosial


1. Apabila pergi beraya dan tuan rumah beri kita solat di dalam bilik tidur anak bujang dia, usah ambil gambar bilik bersepah dan upload di media sosial.

2. Kita dijemput sebagai tetamu, usah snap sana, snap sini, ambil gambar di dalam rumah. Belajar hormat privasi.

3. Sekiranya kita melawat orang sakit, usah upload gambar dia dalam keadaan yang mengaibkan, contoh terbuka aurat.

4. Usah upload gambar darah atau pembunuhan. Gambar ini boleh mengganggu ketenteraman sesetengah pembaca, terutama kanak-kanak.

5. Apabila dapat surat kenaikan pangkat atau gaji, tak perlulah upload surat ini. Surat itu adalah urusan persendirian, bukan untuk dikongsi.

6. Sekiranya travel dengan pembiayaan kerajaan, usah upload gambar bermewah-mewah dengan kelas pertama atau kelas bisnes. Elok tunjukkan gambar buat kerja supaya rakyat tahu wang mereka dibelanjakan dengan berhemah.

7. Mesyuarat dan temujanji adalah private meeting. Sekiranya nak ambil gambar dan upload di media sosial, minta kebenaran ahli mesyuarat dulu.

8. Sebahagian dokumen kerajaan adalah rahsia dan kita diberikan amanah untuk akses. Usah ambil gambar dokumen ini dan upload dalam Facebook.

9. Sekiranya kita ambil gambar dengan seseorang dan dia kelihatan cukup hodoh atau berada dalam keadaan tidak sesuai, usah upload. Elak aibkan dia.

10. Kisah suami isteri, biarlah menjadi rahsia kehidupan berdua. Usah upload gambar pasangan kita yang mengaibkan, walaupun untuk tujuan bergurau. Banyak lagi cara untuk bergurau suami isteri. - Norizan Bin Sharif

Tiada ulasan:
Write ulasan