Selasa, 14 Jun 2016

Warga emas Mengaku Tidak Bersalah, ajak kanak-kanak lakukan kelucahan

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun melakukan kelucahan melampau dengannya.

Dakwaan terhadap tertuduh yang layak bergelar seorang datuk dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Ismail Adam, 69, didakwa menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun juga anak kepada jirannya untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah beralamat di Kampung Belukar Muda, Gunong Bachok, pada jam 3.30 petang, 12 Mac lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai petani itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bertongkat masuk ke kandang salah dan tuduhan dibacakan dalam keadaan dia duduk di kerusi berbeza pada kebiasaan tertuduh yang sepatutnya berdiri ketika mendengar pertuduhan.
Warga emas ajak kanak-kanak lakukan kelucahan
Pertuduhan pula dibacakan sebanyak tiga kali oleh jurubahasa mahkamah apabila bacaan kali pertama dan kedua gagal difahaminya.

Pada prosiding itu juga, Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon tarikh sebutan untuk lantikan peguam dan tidak mencadangkan jaminan dengan alasan mereka tinggal berjiran.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Julai depan dan tertuduh yang mempunyai isteri, tetapi tiada cahaya mata itu akan ditahan di penjara berikutan tiada jaminan dibenarkan

Tiada ulasan:
Write ulasan