Viral Video Raikan GF Macam Princess, Korang Kena Baca ‘Pesanan’ Wanita Ini…Pedih Beb!

Kecoh jugak penangan video sweet ala-ala pre wedding Hafiz Mahamad meraikan hari jadi kekasih hati dengan menaiki limousine ni rupanya. Video yang berdurasi 4 minit itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Wanita ini mengecam tindakan pasangan itu yang terlampau menunjukkan kemanisan hubungan, katanya realiti selepas kahwin taklah semanis yang disangka. Hmm no comment. Korang rasa?

Tengok ramai dok tag boyfriend/tunang masing-masing


Disebabkan harini kecoh media sosial pasai boyfrend layan girlfriend mcm princess. Haaaaa.. gitchewww.. Hakak tengok ramai yang dok tagging-tagging nama boyfren nama tunang kan dan yang seangkatan dengan nya. Satu jaaa boleh cakap, kahwin lah tengok macam mana rasa “princessssssss” sangat tuu. Sebab hakak ni more to “queen” tak main la princess ala-ala puteri ni gituuu caption berlagak sungguh tak riak takbur gitu aku.. hahahaha..

Nanti kahwin takda dah princess-princessnya

Hadik-hadik yang suka sangat macam princess tu nanti kahwin takdok dah princess-princesnye. Time bercenta wallpaper penuh muka gamba makwe, dah kahwin percayalah tak gambar kereta gambar big bikes idaman tak tercapai.. hahhaahaha.. Hakak tak kecam cuma cakap je sebab hakak memang jenis spesies manusia dapat set pinggan mangkuk mydin pon rasa syurga dah, suami bagi hadiah penapis jus tupperware tu senyum sampai langit borneo dah, dapat toyogo giant suami bawak balek pon hakak dah mimpi gi bintang dah, orang mintak gelang hakak mintak waterjet basuh lantai! Kau mampooooo?? Itulah namanya queen.. kahkhakahakhakah..
Dah kahwin nanti hadik-hadik akan tahu laa duduk atas katil makan maggi sambil layan the conjuring 2 yang pirate downloaded tu pon kau rasa lebih dari “princess”.. Laki potong kuku kaki pon kau rasa kau mak pada “princess” Okayy. Sekian.  Mohon yang terasa hakak ucapkan sama-sama. Butang block kannn hadoooo. Kecamers always be kecamers. Haters gonna hate. Tapi syurgaa bawah tapak kaki laki hakakkk tak berubah-ubah hokayyy. Pada yang tag boyfren tu agak-agaklah, boyfren naek viva turbo tu pon kauuu patut bersyukur sangat ada hati nak naek limo makan restoran atas kayangan….. Choiiiiiii….. Kau tumbuk sambal belacan pon pecah lesung.
Mendapat hampir 3000 perkongsian di Facebook, ramai yang bersetuju dengan apa yang disampaikan akak ni. Kehidupan selepas kahwin tu lebih real sebenarnya. Tak ada maknanya selepas kahwin pun nak dilayan macam princess, betul tak?
Apa-apapun semoga cepat kahwin. Sweet sangat dah ni!
Sumber: Ika Mat Bakhir

0 comment... add one now