Isnin, 13 Jun 2016

Viral Di Laman Sosial Dakwa Pelakon Dan Pelawak Acapan Telah Peluk Islam

Pelakon dan pelawak veteran, Acapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan,58, dilaporkan telah memeluk Islam, selepas gambarnya menjadi viral di media sosial.

Berita ni telah disampaikan oleh pelakon Mustapha Kamal melalui laman Facebook beliau dengan beberapa gambar Acapan bersama rakan artis yang berhijrah serta video.

Menurut beliau. nama baru bagi Acapan ialah Muhammad Ramadhan, diambil sempena nama bulan yang mulia ini, bagaimanapun berdasarkan laporan Kosmo! nama Islam Acapan ialah Shahrin Abdullah.

Memetik tulisan Facebook milik seorang jemaah dakwah, Maulana Helmi katanya Acapan telah memeluk Islam di Surau Palembang Jenderam Hilir.

"Nama Islamnya adalah Muhammad Ramadhan bersempena bulan dia menerima hidayah dari Allah swt, biar pun pada awalnya dia menyukai nama Syahrin, tapi setelah diberitahu bahawa maknanya adalah sebulan maka dia bersetuju dengan nama pilihan kami semua iaitu Muhammad Ramadhan."

"Dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam lewat pagi tadi," tulisnya.

Bagaimanapun kami belum dapat pastikan kesahihan berita ini lagi sehingga disahkan oleh tuan punya badan



UPDATE

"Saya Belum Peluk Islam, Hentikan Sebar Berita Palsu Ini"


Pelawak vateran, Acappan menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sudah memeluk agama Islam seterusnya meminta agar orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu itu. Jelasnya lagi, gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu adalah ketika beliau menghadiri jemputan berbuka puasa Ahad lalu di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.
“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu. Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam. Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan”
“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama. Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.”Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini,” katanya kepada m Star Online mengenai dakwaan itu.
Terdahulu kecoh apabila Acappan dikatakan telah memeluk agama Islam pagi tadi berikutan beberapa gambar beliau memakai baju melayu berwarna merah disamping dikelilingi jemaah dakwah tersebar. Malah beberapa posting mengatakan beliau sudah memeluk Islam serta mempunyai nama Islam Muhammad Ramadhan turut tersebar



Tiada ulasan:
Write ulasan