Ahad, 19 Jun 2016

[VIDEO] Selepas 4 Tahun Tak Bertemu Ibu, Lelaki Ini Nekad Pulang & Apa Terjadi Sangat Memilukan

“Ibu, ibu engkau lah ratu hati ku….”
9 bulan ibu membawa kita ke sana kemari di dalam rahimnya tanpa keluh kesah. Saat kelahiran pula terpaksa melalui kesakitan yang sukar untuk digambarkan. Membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, berkorban harta dan nyawa demi anak-anak!
Apa alasan kita untuk tidak berbakti kepada ibu bapa? Apa alasan kita untuk tidak menjaga mereka saat mereka masih berada di muka bumi ini?
Lelaki ini sudah lebih 4 tahun tidak pulang bertemu ibunya atas beberapa faktor tertentu. Pertemuan mereka diatur dan apa yang diluahkan si ibu sangat menyentuh hati.

Maafkan saya mak


Video berjudul Mencari Kedamaian dari negara jiran Singapura ini menarik perhatian netizen yang turut sama tersentuh dengan apa yang berlaku.
Walaupun hati si ibu dilukai, dirinya tetap memaafkan anaknya. Selagi mereka masih bernyawa, hargai dan gunakan peluang yang ada sebaik-baiknya. Sayangi ibu anda! Buang yang keruh ambil yang jernih, moga ramadan kali ini membawa seribu satu kebaikan kepada diri kita.
Sumber : Sujimy Mohamad

Tiada ulasan:
Write ulasan