Ungku Ismail Akui Sedang Hangat Bercinta, Belum Sedia Dedah Kekasih

Sebelum ini Ungku Ismail ada digosipkan sedang bercinta dengan seorang pelakon wanita iaitu Anis Al-Idrus namun beliau menafikan perkara tersebut.
Ramai yang masih lagi ingin mengetahui status sebenar Ungku Ismail yang memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde Scotland.
Dalam satu temubual bersama portal Utusan Online,Ungku Ismail akui beliau kini sedang hangat bercinta dengan seseorang. Walaubagaimanapun buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendedahkan kekasihnya itu kepada umum. 
Ya, benar. Saya sedang bercinta dengan seseorang. Siapa, biarlah rahsia. Bukan berahsia atau apa. Cuma saya takut sekiranya orang akan salah tafsir. Kadang-kadang peminat kita lain macam. Daripada perkara positif boleh jadi negatif, jadi lebih baik saya simpan dahulu. Nanti bila semuanya sudah sedia, saya akan umumkan. Jangan risau.
Sudah berusia 31 tahun, ia adalah umur  yang sudah tepat untuk mendirikan rumah tangga.  Berbicara soal itu, Ungku Ismail memberitahu beliau perlu bersedia dari segi zahir dan batin kerana perkahwinan buklan perkara yang boleh dibawa main-main.
Setahun dua lagi. Macam inilah, kahwin bukan perkara main-main. Kita perlu bersedia dari segi zahir dan batin. Lagipun saya tidak mahu membuang masa, ada keserasian dan kedua-dua pihak bersetuju, kita kahwinlah.

0 comment... add one now