Tergamak Tipu Nak Sponsor Anak Yatim Berbuka Puasa

KUALA LUMPUR - "Ummi ini bukan nak fikir tentang berbuka pada hari ini. Tetapi ada orang janji nak sponsor berbuka petang ini. Namun, bila dihubungi, orang itu tak jawab panggilan,"

Demikian luahan Rusnah Abu Samah di laman Facebooknya 15 jam yang lalu. Janji hanya tinggal janji, tergamak pihak yang dimaksudkan oleh Rusnah itu memperlakukan anak-anak yatim seperti ini.

"Kalau Ummi, boleh saja berbuka di masjid seorang diri. Tetapi ini 100 orang nak bawa pergi ke masjid, macam mana? Ke nak tunggu saja sampai waktu berbuka? 
"Kalau makanan tak sampai juga, kita makan kurma dengan minum air sajalah," katanya. 

Luahan ringkas Rusnah itu mendapat simpati netizen meskipun tidak bermaksud untuk meraih sebarang rasa simpati orang ramai. 

"Ya Allah, kasihan. Terasa hina diri aku kerana post gambar makanan sedap-sedap di Facebook di bulan ramadhan ini. Terus aku delete semua gambar-gambar makanan. Sedih tengok adik-adik ini," kata Gerazwan Aziz. 

Bagi mereka yang ingin memberikan sedikit sumbangan untuk madrasah yang menempatkan anak-anak yatim yang diusahakan oleh Ummi Rusnah Abu Samah, bolehlah membuat sumbangan pada akaun beliau. 

Maybank 164025021721 - RUSNAH ABU SAMAH 

Alamat: 

Madrasah Darul Tahfiz Sri al-Ain, Jalan Gajah 16, Kg Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Phone - 013-2456300 (Ibu Rusnah Abu Samah), 016-4028344 (Hj Muhammad Zakaria)

"Kalau tidak mampu, jangan berjanji. Ini mesti kes sembang mau besar saja. Sembang lebih berjanji ada sebab saja. Semoga ada kesedaran dan pembalasan yang setimpal," kata Chefobie Untold.

Banyak perkara seperti ini terjadi pada anak-anak yatim bila tibanya bulan ramadhan, cuma tidak diviralkan saja. Jangan fikir di bulan mulia ini tiada orang yang menipu. Semoga nasib anak-anak ini mendapat perhatian dari pihak yang berwajib dan yang menipu itu, tunggulah balasan dari Allah suatu ketika nanti," kata Daeng Chott Daeng Ibrahim.

Difahamkan, pihak yang berjanji itu tidak juga kunjung tiba.

0 comment... add one now